Utusan Borneo (Sarawak)

UPMKB TUAN RUMAH FESTIVAL TARI BORNEO 2018 •

- Sumbangan Fakhzan Buang

merupakan satu seni budaya yang telah berkembang dalam kalangan masyarakat sebagai satu seni persembaha­n.

Perkembang­an ilmu dan teknologi turut mewarnai perkembang­an seni tari dengan wujudnya tarian moden, rekreasi dan kontempora­ri yang berasaskan gerak tari tarian tradisiona­l.

Kepulauan Borneo sendiri mempunyai kepelbagai­an budaya dan pola tarinya tersendiri. Justeru, bagi memastikan seni budaya tarian ini tidak terus lupus dalam kalangan anakanak muda, institut pengajian tinggi di Kepulauan Borneo yang merangkumi Malaysia, Brunei dan Indonesia telah mewujudkan Festival Tarian Borneo yang akan dianjurkan setiap dua tahun.

Ia juga bertujuan menggalakk­an mahasiswa bergiat dalam kegiatan yang sihat melalui aktiviti kebudayaan seterusnya menjadi contoh kepada golongan belia lain.

Festival Tari Borneo merupakan acara tahunan antarabang­sa yang mempamerka­n kepelbagai­an budaya Borneo menerusi pertunjuka­n tarian tradisiona­l kaum-kaum etnik di seluruh Borneo.

Festival ini meraikan kepelbagai­an budaya dan tarian yang dipersemba­hkan oleh para pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Borneo. Integrasi budaya ini dapat memberi peluang kepada masyarakat umum mengenali kekayaan budaya sejagat sekali gus memberi sokongan dalam memelihara warisan sejak berzaman.

Festival Tari Borneo mula diperkenal­kan pada tahun 2006 dengan UiTM Sarawak diberi penghormat­an sebagai tuan rumah untuk edisi yang pertama dan kedua.

Selepas itu, UiTM Kota Kinabalu, Sabah terpilih sebagai tuan rumah yang ketiga, Universita­s Tanjung Pura, Kalimantan Barat, Indonesia dipertangg­ungjawabka­n sebagai tuan rumah yang keempat.

Manakala UiTM Sarawak sekali lagi diberi penghormat­an menjadi tuan rumah untuk edisi yang kelima.

Pada dua tahun lepas, Festival Tari Borneo telah diadakan di Universita­s Mulawarman, Samarinda, Kalimantan Timur Indonesia selaku tuan rumah.

Bagi tahun 2018 pula, UPM Kampus Bintulu Sarawak telah diumumkan sebagai tuan rumah bagi Festival Tari Borneo 2018 (Edisi ke-VII).

Festival ini menyasarka­n beberapa objektif utama penganjura­n di mana ia dapat menyediaka­n platform untuk bertukar dan berkongsi idea untuk membangunk­an dan memelihara seni untuk generasi akan datang.

Selain itu dapat meningkatk­an usaha kerajaan untuk memelihara dan membangunk­an warisan seni dan budaya negara, sekali gus menggalakk­an kerjasama yang lebih baik antara universiti tempatan dan antarabang­sa di Borneo.

Penganjura­n festival ini juga dapat mempromosi­kan kepelbagai­an budaya yang kaya di Sarawak, melatih peserta menjadi model yang baik kepada generasi muda, serta menggalakk­an gaya hidup sihat melalui penyertaan aktif dalam aktiviti seni dan budaya.

Dalam jangka panjang, festival menyasarka­n untuk mengukuh kerjasama akademik dan penyelidik­an antara universiti-universiti di keperluan Borneo, membuka lebih peluang bertukar kepakaran dan perkhidmat­an antara universiti-universiti ini.

Festival Tari Borneo ini diharapkan dapat mewujudkan hab pendidikan bertaraf antarabang­sa di Borneo dan mewujudkan hubungan untuk mempromosi­kan kepelbagai­an budaya.

Ia menjadi platform antarabang­sa untuk penganjura­n prospektif persidanga­n dan bengkel pada masa depan dalam meningkatk­an reputasi Borneo sebagai destinasi ekopelanco­ngan komersial dengan mempromosi­kan warisan budaya Borneo di peringkat antarabang­sa.

Sebanyak 13 kumpulan dari universiti di seluruh Borneo akan mengambil bahagian dalam Festival Tari Borneo 2018, dan mereka adalah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), UiTM Kota Samarahan Sarawak, UiTM Kota Kinabalu Sabah, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (Kampus Antarabang­sa Labuan), Kolej SIDMA Sarawak, Kolej SIDMA Sabah dan Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Terdapat juga beberapa universiti dari Kalimantan, Indonesia iaitu Universita­s Tanjungpur­a (UNTAN), Universita­s Lambung Mangkurat, Universita­s Palangkara­ya, Universita­s Mulawarman dan Universita­s Borneo Tarakan (UBT) akan menyertai festival kali ini.

Para peserta dari institusi pengajian tinggi di seluruh Borneo akan berkumpul, bekerjasam­a dan tampil membuat persembaha­n dalam acara empat hari yang memberi mereka peluang untuk memupuk hubungan dengan rakanrakan dari pelbagai universiti sekali gus memupuk integrasi dan perpaduan antarabang­sa melalui acara kesenian dan kebudayaan

Festival Tari Borneo 2018 (Edisi ke-VII) yang akan dianjurkan oleh pihak Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Majlis Seni Sarawak dan Pejabat Residen Bintulu akan diadakan pada 30 Oktober hingga 3 November di Dewan Sri Kenyalang UPMKB.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahka­n festival ini. Terdapat pelbagai persembaha­n seni dan budaya akan disajikan sepanjang festival berlansung nanti.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Sektretari­at FTB2018 di talian 086-8555213 atau dapatkan informasi terkini di laman rasmi Instagram @ftb.upmkb.

 ??  ??
 ??  ?? PENYELARAS: Fakhzan Buang adalah Penyelaras Sektetaria­t FTB2018 (Edisi ke-VII). Beliau boleh dihubungi melalui fakhzan@upm.edu.my.
PENYELARAS: Fakhzan Buang adalah Penyelaras Sektetaria­t FTB2018 (Edisi ke-VII). Beliau boleh dihubungi melalui fakhzan@upm.edu.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia