Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaat peruntukan UNIFOR dengan bijak

-

KUCHING: Jawatankua­sa projek gereja atau jawatankua­sa agama bukan Islam mesti memastikan peruntukan yang diberikan bagi tujuan membina atau membaik pulih rumah ibadah digunakan dengan bijak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia penting supaya pembinaan atau kerja membaik pulih rumah ibadah menggunaka­n peruntukan daripada Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama Lain ( UNIFOR) menjadi realiti.

“UNIFOR juga memerlukan bantuan daripada semua YB ( wakil rakyat) untuk memantau projek-projek ini bagi memastikan ia dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

“Pada masa sama, staf kita (UNIFOR) akan turun padang dari semasa ke semasa membuat pengaudita­n dan melihat sama ada peruntukan yang diberikan dibelanja sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Cek Sumbangan Kerajaan Sarawak menerusi UNIFOR kepada rumah ibadah agamaagama lain di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia dekat sini, semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata bagi tahun ini Kerajaan Sarawak telah memperuntu­kkan RM20 juta untuk membina atau membaik pulih rumah ibadah agama selain Islam di Sarawak dan RM19.44 juta telah diagihkan setakat semalam.

Menurutnya, RM15.57 juta telah diagihkan di bawah fasa pertama untuk melaksanak­an 206 projek yang memberi manfaat kepada pelbagai badan agama dan kepercayaa­n di seluruh Sarawak.

Baru- baru ini katanya, RM3.57 juta lagi diluluskan di bawah fasa kedua melibatkan 20 projek.

Pada majlis itu, lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerima cek sumbangan untuk 11 projek di konstituen­si masing-masing melibat jumlah keseluruha­n RM1.42 juta.

Pada majlis sama, dua lagi badan agama selain Islam menerima sumbangan masing-masing RM200,000 iaitu Gereja BEM Kuching Evangelica­l dan St Margaret Chapel, Stampin.

Manakala tujuh lagi projek di bawah fasa kedua melibatkan jumlah keseluruha­n RM1.75 juta telah diagihkan.

Sementara baki RM560,000 akan diagihkan di bawah fasa ketiga yang dijadualka­n pada hujung Oktober ini.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Luar Bandar) Datu Jaul Samion dan Pengarah UNIFOR Datu Dr Ngenang Jangu.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: ADUN Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep bagi pihak Gereja St Agnes Tsaou, Bau dan Gereja Katolik St Paul Miki, Kampung Nowang, Bau menerima cek sumbangan Kerajaan Sarawak menerusi UNIFOR dengan jumlah keseluruha­n RM170,000 daripada Uggah (dua kiri).
TERIMA KASIH: ADUN Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep bagi pihak Gereja St Agnes Tsaou, Bau dan Gereja Katolik St Paul Miki, Kampung Nowang, Bau menerima cek sumbangan Kerajaan Sarawak menerusi UNIFOR dengan jumlah keseluruha­n RM170,000 daripada Uggah (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia