Utusan Borneo (Sarawak)

Hayabusa2 berjaya lancar MASCOT ke Ryugu

Robot pemerhatia­n baharu itu dalam misi untuk memahami asal usul sistem suria: JAXA

-

TOKYO: Sebuah pesawat angkasa kecil Jepun melancarka­n sebuah robot pemerhatia­n baharu menuju ke sebuah asteroid semalam dalam misi untuk memahami asal usul sistem suria.

Pesawat angkasa Hayabusa2 melancarka­n robot Perancis- Jerman ‘ Mobile Asteroid Surface Scout, atau MASCOT, menuju ke permukaan asteroid Ryugu, kata Agensi Eksplorasi Aeroangkas­a Jepun (JAXA).

“Kami dapat mengesahka­n MASCOT berpisah daripada pesawat angkasa menurut rancangan,” kata agensi itu dalam satu tweet dalam akaun rasminya.

“Saya melakukann­ya! Saya sedang turun ke Ryugu! Tidak dapat halang saya sekarang!” ujar akaun rasmi Twitter bagi pendarat itu @ MASCOT2018.

JAXA tweet sejurus selepas pendaratan bermula bahawa ia sedang berkomunik­asi dengan MASCOT, tetapi ia tidak jelas bila agensi itu dapat mengesahka­n robot tersebut sudah mendarat dengan selamat di atas asteroid itu, di mana ia dijangka akan mengumpul pelbagai jenis data.

“Ia amat signifikan untuk mengambil data daripada permukaan asteroid, kami ada jangkaan yang tinggi bagi data saintifik,” kata pengurus misi Hayabusa2 Makoto Yoshikawa di satu taklimat sebelum pendaratan.

MASCOT berbentuk kotak seberat 10 kilogram di- muatkan dengan sensor. Ia dapat mengambil imej pada pelbagai jarak gelombang, meneliti bahan galian dengan mikroskop, menyukat suhu permukaan dan mengukur medan magnetik.

MASCOT dilancarka­n 10 hari selepas pesawat angkasa Hayabusa2 menggugurk­an dua perayau mikro MINERVA- II di atas asteroid Ryugu.

Ia adalah kali pertama alat pemerhatia­n robotik yang bergerak berjaya mendarat di atas asteroid.

Perayau tersebut akan mengambil kesempatan ke atas graviti rendah di Ryugu untuk melompat-lompat di atas permukaan – bergerak sejauh 15 meter ketika di udara dan kekal di udara selama 15 minit – untuk meninjau ciriciri fizikal asteroid itu dengan kamera dan sensor.

Tidak seperti mesin tersebut, MASCOT pada umumnya tidak dapat bergerak – ia akan “melompat” hanya sekali sahaja dalam misinya, dan ia dapat menyengetk­an badan.

Sementara perayau berkenaan berada di atas asteroid selama beberapa bulan, MASCOT pula mempunyai nyawa bateri maksimum hanya selama 16 jam sahaja, dan akan menyalurka­n data yang ia kumpul kepada pesawat Hayabusa2 sebelum ia kehabisan tenaga.

Pesawat Hayabusa2 dijadualka­n pada hujung bulan ini untuk mengerahka­n sebuah ‘impactor’ yang akan meletup di atas asteroid, dengan menembak sebuah objek tembaga seberat dua kilo ke dalamnya untuk membuat kawah kecil di atas permukaan.

Pesawat itu kemudian akan berlegar-legar di atas kawah tiruan itu dan mengumpul sampel dengan menggunaka­n tangan tambahan.

Sampel bahan “segar” itu, yang tidak terdedah kepada angin dan radiasi selama beralaf-alaf lamanya, dapat membantu menjawab beberapa soalan asas tentang kehidupan dan alam sejagat, termasuk sama ada elemen dari angkasa lepas membantu mewujudkan kehidupan di Bumi ataupun tidak.

Sebahagian daripada misi MASCOT adalah untuk mengumpul data yang akan membantu menentukan di mana kawah itu harus diwujudkan.

Hayabusa2, dengan saiz sebesar peti sejuk besar dan dilengkapi panel solar, merupakan pengganti peneroka asteroid pertama JAXA, Hayabusa – bahasa Jepun untuk burung ‘ falcon’.

Pesawat kecil itu kembali dari sebuah asteroid berbentuk ubi kentang yang lebih kecil pada 2010 dengan sampel debu walaupun menanggung pelbagai masalah dalam perjalanan epik selama tujuh tahun dan dipuji sebagai satu kejayaan saintifik.

Misi Hayabusa2, yang memakan kos sekitar 30 bilion yen (RM1.04 bilion), dilancarka­n pada Disember 2014 dan akan kembali ke Bumi dengan sampel pada 2020. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MISI BERJAYA: Gambar serahan JAXA diterima daripada pesawat angkasa Hayabusa2 semalam (waktu Jepun) menunjukka­n bayang-bayang Hayabusa2 (dalam bulatan) di atas asteroid Ryugu semasa operasi pengaturan kedudukan MASCOT.
— Gambar AFP MISI BERJAYA: Gambar serahan JAXA diterima daripada pesawat angkasa Hayabusa2 semalam (waktu Jepun) menunjukka­n bayang-bayang Hayabusa2 (dalam bulatan) di atas asteroid Ryugu semasa operasi pengaturan kedudukan MASCOT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia