Utusan Borneo (Sarawak)

Azian Mazuan, Zainal Abidin penyeri Dimensi Legenda di TV1

-

SEPANJANG karier dan penglibata­n dalam industri muzik tanah air, pelbagai kejayaan dan memori manis terpahat dalam kanvas seni mereka.

Sebahagian besar dalam kalangan penonton juga membesar dengan lagu-lagu mereka yang malar segar sehingga kini.

Tampil dengan tema ‘Kisah dan Lagu’ minggu ini, 7 Oktober, jam 9.00 malam menerusi TV1, slot Dimensi Legenda terus mengambil tempat menghiburk­an penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kemunculan lima artis unggul tanah air menyampaik­an keseluruha­n 13 lagu.

Beliau pernah merakamkan album Erti Budi (1987), Bukan Belas Bukan Simpati (1988) dan yang terakhir, Impian pada 1991 dengan lagu popular, Rumah Kecil Tiang Seribu dan Cinta Embunan Pagi.

Siapa yang tidak mengenali penyanyi Azian Mazuan Sapuan. Terbaharu Azian kembali mengubati kerinduan peminatnya dengan muncul dalam program terbitan Unit Hiburan TV RTM ini.

Tiga lagu dipilih untuk didendangk­an termasukla­h ‘Erti Budi’, ‘Rumah Kecil Tiang Seribu’, dan ‘Bukan Belas Bukan Simpati’ yang masih setia meniti di bibir peminat.

Ternyata kemunculan Datuk Zainal Abidin yang pastinya ditunggutu­nggu dengan lagu ‘Hijau’, ‘Manis’ dan ‘Kau di Hatiku’, juga mampu membuatkan peminat setianya terpukau dengan persembaha­n bertenaga beliau.

Dua lagu dendangan penyanyi Zur Eda iaitu lagu ‘Pelitaku’, dan ‘Lama Tak Jumpa’ turut dipilih dinyanyika­n di pentas program ini.

Saksikan juga kemunculan artis Jaafar Onn menyanyika­n lagu ‘Mencari Kawan’.

Menambah semarak persembaha­n, Daniel Lee yang sudah agak lama menyepikan diri menyampaik­an medley lagu ‘Kisah Kau dan Aku’ juga diikuti lagu ‘Berjuta Batu’.

Semua artis terlibat memilih mendendang­kan lagu ‘Ikhlas Tapi Jauh’ sebagai kenang-kenangan kepada seluruh penonton TV1.

Program menampilka­n hos Raja Azura ini telah dirakamkan pada 15 Julai lalu bertempat di Studio 1, Wisma TV, Angkasapur­i, Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? MENGHIBURK­AN: Azian membuat persembaha­n dalam program Dimensi Legenda terbitan Unit Hiburan TV RTM ini.
MENGHIBURK­AN: Azian membuat persembaha­n dalam program Dimensi Legenda terbitan Unit Hiburan TV RTM ini.
 ??  ?? TEMUBUAL: Raja Azura (kiri) menemubual Azian Mazuan Sapuan.
TEMUBUAL: Raja Azura (kiri) menemubual Azian Mazuan Sapuan.
 ??  ?? Jaafar Onn kembali beraksi.
Jaafar Onn kembali beraksi.
 ??  ?? MINGGU INI: Poster Dimensi Legenda dalam Kisah Dan Lagu pada hari Ahad ini di TV1.
MINGGU INI: Poster Dimensi Legenda dalam Kisah Dan Lagu pada hari Ahad ini di TV1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia