Utusan Borneo (Sarawak)

NOTA KECEWA BUAT KEKASIH

Pemuda ditemui mati tergantung, dipercayai kecewa selepas mengesyaki teman wanitanya curang.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Kematian seorang lelaki yang ditemui tergantung di leher pada dahan sebatang pokok di Kampung Paya Mebi, Jalan Landeh di sini petang kelmarin dipercayai berpunca daripada kekecewaan selepas mengesyaki kekasihnya curang.

Ini berikutan penemuan buku catatan dipercayai diari mangsa dikenali sebagai Nazri, 24, yang mana terdapat gambarnya bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya serta nota yang melahirkan rasa kecewanya.

“Siasatan polis di dalam bilik tidur (mangsa) menemui sebuah buku dalam keadaan terkoyak, di mana terdapat gambar-gambar mangsa bersama teman wanitanya dan nota yang dipercayai ditulis mangsa.

“Dalam nota tersebut, mangsa melahirkan rasa kecewa terhadap teman wanitanya yang dikatakan telah berlaku curang terhadapny­a dan dia turut memberitah­u mahu pergi dari hidup teman wanitanya itu,” kata sumber.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Merbin Lisa semasa dihubungi semalam mengesahka­n kejadian tersebut dan memberitah­u siasatan lanjut pihaknya masih dijalankan.

Menurut Merbin, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.37 petang dan anggotanya diketuai Ketua Balai Polis Batu 10 Sarjan Mejar Jemat Jineh pergi ke lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tergantung menggunaka­n tali nilon yang diikat pada dahan pokok.

“Turut ditemui di lokasi kejadian ialah segulung tali nilon serta pisau pemotong sayur.

“Ahli keluarga mangsa yang ditemui memberitah­u, kali terakhir mangsa dilihat ialah sekitar tengah hari (kelmarin) di mana dia kelihatan membelek-belek telefon bimbitnya dan kemudian keluar menuju ke semak di belakang rumah (tempat kejadian),” katanya.

Tambahnya, mangsa ditemui dalam keadaan tergantung oleh ibu saudaranya yang risau selepas mangsa tidak pulang ke rumah.

“Pemeriksaa­n pada tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” kata Merbin.

Kes tersebut diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

 ??  ?? TRAGIK: Anggota paramedik turut hadir di lokasi kejadian untuk mengesahka­n kematian mangsa.
TRAGIK: Anggota paramedik turut hadir di lokasi kejadian untuk mengesahka­n kematian mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia