Utusan Borneo (Sarawak)

‘Macau Scam’ terus buru mangsa

Lapan kes terbaharu dilapor, tiga individu kerugian RM285,800

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: ‘Macau Scam’ terus memburu mangsanya di Sarawak dengan semalam sahaja sebanyak lapan laporan kes diterima berhubung sindiket penipuan tersebut.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah yang mengesahka­n kejadian tersebut berkata, tiga individu kerugian RM285,800, manakala lima lagi berjaya mengelak daripada menjadi mangsa.

“Tiga kes tersebut berlaku di Kuching dan Sri Aman melibatkan pesara guru, penjawat awam dan pekerja swasta yang berlaku antara 25 September dan 2 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mangsa pertama, pesara guru jelasnya, dihubungi

Tiga kes tersebut berlaku di Kuching dan Sri Aman melibatkan pesara guru, penjawat awam dan pekerja swasta yang berlaku antara 25 September dan 2 Oktober. ” Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah Ketua Siasatan Jenayah Komersial Sarawak

suspek yang mendakwa dirinya pegawai polis Kuala Terengganu.

Mangsa diminta memberikan nama akaun, kata laluan bagi akaun banknya kerana didakwa terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

“Wang di dalam akaun mangsaberj­umlahRM188,000 telah dipindahka­n secara dalam talian beberapa kali,” jelasnya.

Manakala, dua lagi mangsa masing- masing kerugian RM32,000 dan lebih RM15,000 akibat diperdaya menggunaka­n modus operandi sama.

Mustafa turut meminta masyarakat agar sentiasa berhati-hati sekiranya menerima panggilan yang mungkin daripada ahli sindiket penipuan ‘Macau Scam.’

“Jika seseorang yang menghubung­i mendakwa diri anggota polis, sila dapatkan pengesahka­n daripada manamana balai polis berhampira­n dan jika ada yang menghubung­i mendakwa daripada pihak bank, maka sila berhubung terus dengan bankbank yang dimaksudka­n.

“Jarang ada urusan penting hanya dijalankan melalui panggilan telefon,” jelas Mustafa.

 ??  ?? MUSTAFA
MUSTAFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia