Utusan Borneo (Sarawak)

Suri rumah antara empat dicekup dalam operasi antidadah

-

LIMBANG: Seorang suri rumah antara empat individu yang dicekup dalam operasi salah dan guna dadah yang dijalankan di daerah ini petang kelmarin.

Suspek, 38, beralamat dari Kampung Limpaku Pinang, ditahan pada jam 5.05 petang bersama seorang lagi rakan lelakinya, 19, dari kampung yang sama.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, suspek ditahan ketika berada di tempat duduk penumpang hadapan dalam sebuah kereta di tepi jalan Kampung Bukit Kota.

Hasil pemeriksaa­n di dalam kereta berkenaan katanya, polis berjaya menemui keratan tiub straw warna merah jambu lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.10 gram bernilai RM30.

“Syabu berkenaan disorokkan dalam kereta yang dinaiki suspek dan rakannya yang berusia 19 tahun,” katanya sambil menjelaska­n bahawa ujian awal air kencing akan dilakukan ke atas mereka.

Selain itu katanya, dua lagi sekawan yang juga penganggur dari Kampung Sayung ditahan polis dalam operasi sama yang dijalankan jam 2.10 petang.

“Suspek, 31, ditahan di dalam sebuah rumah di Kam- pung Sayung bersama satu peket plastik lutsinar berisi syabu seberat 1.45 gram bernilai RM180 yang disorokkan dalam tong plastik di rumah berkenaan.

“Manakala rakannya, 29, yang mempunyai rekod kesalahan sama berkaitan dadah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Limbang.

“Kedua-dua mereka juga positif dadah jenis Methamphet­amine dan Amphethami­ne hasil ujian saringan awal polis yang dilakukan terhadap mereka,” katanya.

Kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia