Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita dan tiga lelaki dicekup bersama dadah

-

SIBU: Tiga lelaki dan seorang wanita bersama dadah dipercayai jenis Methamphet­amine di sebuah bilik hotel di Jalan Wong Nai Siong malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, bertindak atas maklumat, dua lelaki warga India dan masing-masing seorang lelaki dan wanita tempatan berumur antara 22 dan 40 tahun ditahan sepasukan anggota polis dari BSJND IPD Sibu di lokasi tersebut pada jam 9.15 malam itu.

“Hasil pemeriksaa­n pada tubuh badan ke atas ketiga-tiga lelaki terbabit telah menemukan satu peket plastik lutsinar kecil berisi ketulan kristal jernih disyaki dadah Methamphet­amine dengan berat kasar 0.58 gram di dalam poket kecil hadapan sebelah kanan seluar jeans seorang lelaki India,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut di dalam bilik tersebut telah menemukan satu peket plastik lutsinar kecil berisi ketulan kristal jernih disyaki dadah jenis yang sama seberat 0.28 gram di atas rak televisyen.

Kesemua suspek kemudian dibawa balik ke Balai Polis Sungai Merah untuk tindakan selanjutny­a.

“Hasil saringan awal urin mendapati kesemua mereka yang ditangkap positif dadah,” katanya.

Beliau berkata, nilai rampasan dadah dengan berat kasar berjumlah 0.86 gram itu ialah RM100.

Tambahnya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

 ??  ?? MASUK LOKAP: Suspek-suspek yang ditahan didapati positif dadah.
MASUK LOKAP: Suspek-suspek yang ditahan didapati positif dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia