Utusan Borneo (Sarawak)

Potensi tasik buatan manusia diteroka secara teratur

Sarawak mempelajar­i pengalaman Ontario, Kanada yang mantap dalam pengurusan tasik dan tadahan air: KM

-

KUCHING: Tadahan air buatan di Sarawak akan diurus dan dibangunka­n dengan teratur bagi memastikan ia mewujudkan lebih banyak manfaat ekonomi untuk Sarawak dan penduduk tempatan selain sekadar hanya menjana kuasa, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Selasa lalu di Toronto, ibu kota wilayah Ontario, Kanada.

Sambil menyebut tentang pengalaman Ontario yang mantap dalam pengurusan tasik dan tadahan air, ia adalah wilayah yang memberi pengajaran dalam program Sarawak untuk mengubah empangan hidro menjadi aset ekonomi lain, kata beliau.

Abang Johari bersama rombongann­ya telah mengadakan perbincang­an dengan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Sukan Ontario Sylvia Jones sewaktu kunjungan hormat delegasiny­a terhadap menteri tersebut di bangunan perundanga­n wilayah di Toronto.

Abang Johari kini mengetuai delegasiny­a yang terdiri daripada menteri dan pegawai kanan kerajaan untuk lawatan sambil belajar selama lima hari ke Ontario.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak akan berusaha men- gusahakan kerjasama erat dengan kerajaan wilayah Ontario untuk belajar daripada pengalaman wilayah itu yang kaya dalam pengurusan kawasan tadahan air tawar terutama Great Lakes dan empangan hidro.

Abang Johari menyuaraka­n hasrat Kerajaan Sarawak untuk menghantar pegawai ke Ontorio bagi mengkaji dengan teliti pelbagai aspek yang relevan kepada pengurusan air seperti dasar air, perundanga­n air, penyelidik­an saintifik, pembanguna­n tasik dan penguatkua­saan alam sekitar serta pematuhan.

Beliau memberitah­u, Jones yang mewakili Ketua Menteri Ontario bahawa Sarawak sedang merangka undangunda­ng untuk mengawal penggunaan dan mentadbir pembanguna­n buatan manusia di negeri ini dan akan menyediaka­n sebuah badan bagi menguatkus­akan undang-undang dengan standard Kanada sebagai penanda aras.

“Badan tersebut yang mungkin dipanggil Lembaga Pembanguna­n Tasik akan memastikan bahawa tasik kita diurus dengan baik dan dibangunka­n dengan teratur,” katanya.

Rombongan kemudian dibawa melawat ke bangunan perundanga­n di mana parlimen sedang bersidang.

Sementara itu, satu lagi kumpulan melawat Ibu Pejabat Penjanaan Kuasa Ontario (OPG) di Toronto di mana mereka diberi taklimat antara lain, mengenai sistem tenaga elektrik di Ontario dan hubungan peribumi di OPG.

Pada sebelah petang pula, para perwakilan menjadi tetamu di Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Sukan Wilayah untuk berkongsi pengalaman Ontario dalam pembanguna­n pelanconga­n, sukan dan kebudayaan.

Semalam, delegasi Sarawak melawat Kementeria­n Alam Sekitar, Pemulihara­an dan Taman di mana mereka diberi gambaran mengenai pelbagai aspek dasar air di Ontario.

Pada sebelah petang, mereka dibawa melawat Institut Air Universiti Waterloo kira-kira dua jam perjalanan di Toronto di mana mereka diberi gambaran tentang pelbagai aspek kajian yang berkaitan dengan air di institut tersebut.

Ahli-ahli rombongan terdiri daripada Menteri Utiiti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Hadir sama, Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi dan pegawai utama daripada pelbagai agensi berkaitan.

Hari ini rombongan akan dibawa melawat Sir Adam Beck Hydro Electric Plant di selatan Toronto berhampira­n Niagara Falls.

Badan tersebut yang mungkin dipanggil Lembaga Pembanguna­n Tasik akan memastikan bahawa tasik kita diurus dengan baik dan dibangunka­n ” dengan teratur. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? BINCANG: Abang Johari dan delegasiny­a berbual mesra dengan Jones semasa mengadakan kunjungan hormat di bangunan perundanga­n wilayah di Toronto.
BINCANG: Abang Johari dan delegasiny­a berbual mesra dengan Jones semasa mengadakan kunjungan hormat di bangunan perundanga­n wilayah di Toronto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia