Utusan Borneo (Sarawak)

JKWS tampil tiga personalit­i berkongsi pengalaman perjuangan dalam kehidupan

-

KUCHING: Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JKWS) menampilka­n tiga personalit­i yang berkongsi pengalaman perjuangan mereka dalam kehidupan sama ada sebagai pemandiri kanser ( kanser survivor), pesakit mahupun penjaga pesakit.

Tiga personalit­i berkenaan yang dijemput sempena program ‘My Story, Your Story, Our Story’ ialah Emelyne Carmen Ho menceritak­an tentang ‘My Journey to Becoming Fearless:My Story’, Dany Neb (‘My Road to Recovery:Breast Cancer Survivor’ dan selebriti tanah air, Zarina Zainuddin mengenai ‘My Lige as a Caregiver:Me and My Autistic Children’.

Program sampingan yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri yang akan diadakan pada November depan itu disempurna­kan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah yang juga moderator kepada sesi perkongsia­n di sini, semalam.

“Hasrat kita kepada pe- serta yang hadir hari ini untuk mendengar tiga pengalaman personalit­i yang dipilih agar dapat menjadi inspirasi kepada diri mereka.

“Ini penting untuk mengetahui sumber kekuatan personalit­i kita supaya ia menjadi iktibar kepada kita selain mencapai kesejahter­aan diri, keluarga dan komuniti,” katanya ketika ditemui.

Katanya mereka memilih tiga personalit­i berlainan dari segi umur dan sebagai contoh, Emelyne yang berusia 20 tahun merupakan wanita muda yang mempunyai impak dalam perkongsia­nnya terutama kaum remaja dan ibu mereka.

Katanya, dengan perkongsia­n tiga personalit­i itu wanita dan keluarga khasnya mendapat inspirasi dan kekuatan dalam mewujudkan kesejahter­aan serta memberi sokongan antara satu sama lain.

Mengulas lanjut mengenai sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri, beliau berkata ia diadakan pada 3 November dan diikuti Larian Kesihatan pada 4 November sebagai satu lagi aktiviti.

“Tahun ini sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri telah memilih tema ‘Wanita dan Kesihatan’.

“Kita juga dalam proses menerbitka­n buku iaitu ‘Sarawak Women in Wellness’ antara perkara yang kita susun sempena sambutan Hari Wanita,” katanya.

Majlis yang disertai lebih kurang 1,200 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang itu turut dihadiri Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

 ??  ?? PERKONGSIA­N: Fatimah bersama Zarina (kiri) dan Emelyne (kanan) semasa tiba untuk menghadiri program ‘My Story, Your Story, Our Story’.
PERKONGSIA­N: Fatimah bersama Zarina (kiri) dan Emelyne (kanan) semasa tiba untuk menghadiri program ‘My Story, Your Story, Our Story’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia