Utusan Borneo (Sarawak)

GPS amal dasar keterangku­man tadbir, urus Sarawak

Agar tidak ada kumpulan terpinggir daripada usaha memaju, mensejahte­ra rakyat dan negeri

- Oleh Patricia Gari

KUCHING:Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengamalka­n dasar keterangku­man ( inclusiven­ess) dalam pentadbira­n dan pengurusan negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dasar itu penting agar tidak ada kumpulan atau pihak yang terpinggir daripada usaha kerajaan memaju serta mensejahte­rakan rakyat dan negeri.

“Kerajaan GPS mengamalka­n dasar ‘ inclusiven­ess’, maknanya Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu memastikan semua rakyat Sarawak tidak kira bangsa dan agama mesti dibantu, diberi pertolonga­n dan masalah mereka mesti dilihat seterusnya sedaya upaya diselesaik­an.

“Inilah satu dasar yang kita nampak dan memang dilaksanak­an sekarang dan kita akan teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penyerahan sumbangan kerajaan negeri menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata menubuhan UNIFOR antara inisiatif jelas Kerajaan Sarawak menjaga kepentinga­n semua pihak.

Kerajaan GPS mengamalka­n dasar ‘inclusiven­ess’, maknanya Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu memastikan semua rakyat Sarawak tidak kira bangsa dan agama mesti dibantu, diberi pertolonga­n dan masalah mereka mesti dilihat seterusnya sedaya upaya diselesaik­an.

“Kita di Sarawak sangat bertuah kerana kerajaan GPS di bawah kepimpinan Datuk Patinggi (Abang Johari) meneruskan usaha (Allahyarha­m) Tok Nan dahulu, menyokong penuh penubuhan UNIFOR.

“Kita amat bernasib baik kerana negeri- negeri lain tidak ada unit seperti ini, malah di Sabah di bawah kerajaan baharu sekarang, permohonan menubuhkan agensi atau unit seperti ini tidak diluluskan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan GPS menyedari rumah-rumah ibadah di Sarawak perlu dibantu dari segi peruntukan sama ada untuk membaik pulih atau dibina baharu.

Tambahnya peruntukan tidak mencukupi menyebabka­n banyak badan agama selain Islam tidak dapat menyiapkan bangunan rumah ibadah masing- masing menyebabka­n mereka terpaksa menggunaka­n bangunan yang kurang selesa diguna.

“Menyedari masalah ini, maka UNIFOR ditubuhkan pada 26 Mei 2017 yang mempunyai dua tugas utama iaitu membantu membina rumah-rumah ibadah untuk agama bukan Islam dan mendapatka­n tapak bagi rumah ibadah yang mahu dibangunka­n,” jelasnya.

Dalam pada itu, Uggah berkata UNIFOR akan mengadakan pertemuan dengan ketua- ketua agama selain Islam dalam waktu terdekat ini bagi membincang­kan langkah-langkah perlu diambil bagi menyelesai­kan masalah dihadapi rakyat agama-agama lain di negeri ini.

Uggah turut memberitah­u Ketua Menteri telah meluluskan sebidang tanah seluas tiga ekar di Jalan Ong Tiang Swee di sini untuk membina bangunan UNIFOR.

“Ini akan menyediaka­n ruang untuk UNIFOR khasnya dan kerajaan berhubung serta bekerjasam­a dengan rakyat menyelesai­kan masalah.

“Ini kerana matlamat Kerajaan Sarawak tidak lain tidak bukan, menyelesai­kan masalah rakyat supaya rakyat dapat hidup senang, mengamalka­n agama masing-masing dengan selesa serta merasakan mereka sebahagian daripada Kerajaan Sarawak,” ujarnya.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Luar Bandar) Datu Jaul Samion dan Pengarah UNIFOR Datu Dr Ngenang Anak Jangu.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? PENERANGAN: Rogayah (tengah) semasa mengadakan taklimat kepada rombongan MBPJ semalam.
PENERANGAN: Rogayah (tengah) semasa mengadakan taklimat kepada rombongan MBPJ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia