Utusan Borneo (Sarawak)

MBPJ kunjungi MPS untuk menimba ilmu

-

SIBU: Bagi memantapka­n lagi ilmu dan pengalaman dalam menjalanka­n dasardasar kerajaan di peringkat pihak berkuasa tempatan ( PBT), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah berkunjung ke Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) di sini, semalam.

Lawatan sambil belajar tersebut disertai ahli majlis serta kakitangan MBPJ yang diketuai Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam Lee Lih Syhan.

Program dimulakan dengan taklimat mengenai pengurusan Pasar Sentral Sibu, yang merupakan pasar tamu terbesar di Malaysia oleh Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain.

Rogayah berkata, terdapat lebih 1,000 peniaga dan penjaja yang berniaga pelbagai jenis produk di Pasar Sentral Sibu.

Katanya, Pasar Sentral Sibu dibina bertujuan menempatka­n semula semua penjaja yang menjalanka­n perniagaan kecil-kecilan di tebing sungai dan kawasan lorong di pusat bandar.

“Kedudukann­ya di pusat bandar menjadikan­nya sebagai lokasi tumpuan utama penduduk tempatan untuk membeli keperluan harian, malah pasar berkenaan juga menjadi destinasi wajib singgah pengunjung dari luar yang berkunjung ke Sibu.

“Berikutan itu, pasar berkenaan sentiasa sesak dan jumlah pengunjung meningkat mendadak pada hujung minggu,” ujarnya.

Menurut Rogayah, MPS juga akan melakukan kerja menaik taraf dari semasa ke semasa selepas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meluluskan peruntukan RM3 juta pada Mei lalu bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.

Ujar beliau, jumlah peniaga meningkat pada musim buah-buahan sehingga memaksa MPS membuka gerai tambahan di bawah khemah di luar bangunan untuk menempatka­n mereka.

“Ketika musim buahbuahan, suasana di Pasar Sentral yang sememangny­a sentiasa meriah akan menjadi lebih meriah lagi,” katanya.

Sementara turut diadakan ialah dialog di antara keduadua pihak bagi bertukar-tukar pandangan serta pengalaman dalam menjalanka­n tanggungja­wab terhadap masyarakat setempat.

Kemudian MBPJ dibawa melawat sekitar Pasar Sentral Sibu bagi melihat sendiri cara operasinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia