Utusan Borneo (Sarawak)

Simoi lawat beberapa tapak projek di Maludam

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri mengadakan lawatan ke beberapa tapak projek di kawasan Maludam, Betong dekat sini, pagi semalam.

Antara tapak projek berkenaan adalah Masjid Baharu Maludam, Dewan Baharu Maludam dan naik taraf Padang Bola Sepak Maludam yang akan dilaksanak­an tidak lama lagi.

Simoi semasa ditemui berkata, Masjid Baharu Maludam yang akan dibina dengan kos RM5 juta kini hanya menunggu kelulusan setiausaha kerajaan negeri.

“Dari segi kos dan reka bentuk, ia telah mendapat kelulusan pihak yang bertanggun­gjawab,” jelasnya.

Sementara itu, beliau menambah, pembinaan Dewan Baharu Maludam yang bernilai RM1 juta kini hanya menunggu reka bentuk yang dibuat pihak kontraktor yang berjaya mendapatka­n projek tersebut menerusi tender terbuka.

“Peruntukan bagi membina dewan ini telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, peruntukan bagi menaik taraf Padang Bola Sepak Maludam juga telah diluluskan dengan kos RM500,000.

“Naik taraf ini meliputi pembinaan pentas utama, parit bertutup serta kawasan lapang bagi aktiviti riadah dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau turut mengadakan lawatan ke pembinaan Pasar Baharu Maludam yang kini dalam pembinaan.

“Projek ini menelan kos RM1.38 juta yang dikawal selia Majlis Daerah Betong,” jelasnya.

Beliau menambah, keempat- empat projek itu merupakan bukti keprihatin­an Kerajaan Sarawak terhadap rakyat Sarawak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga.

Turut mengiringi beliau meninjau projek berkenaan ialah Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Betong Ustaz Kassim Mohiden, pegawai Majlis Islam Sarawak (MIS) Ahmad Ehsan Abdul Rashid, Penghulu Maszen Ahmad Rais, Pengerusi Pengurusan Masjid Maludam Bolkiah Ibrahim serta ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga.

 ??  ?? TURUN PADANG: Simoi (tengah) bersama pegawai dan ketua masyarakat di Maludam meninjau beberapa projek yang sedang dilaksana di kawasan Maludam semalam.
TURUN PADANG: Simoi (tengah) bersama pegawai dan ketua masyarakat di Maludam meninjau beberapa projek yang sedang dilaksana di kawasan Maludam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia