Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak komited memelihara, memulihara alam sekitar

Pelbagai usaha dilaksana walaupun sering dilempar tuduhan tidak berasas oleh NGO, masyarakat antarabang­sa

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Sarawak sentiasa komited dalam memelihara dan memulihara alam sekitar, dengan melaksanak­an pelbagai usaha yang signifikan walaupun sering dilempar tuduhan yang tidak berasas oleh NGO dan masyarakat antarabang­sa.

Antara tuduhan tersebut adalah seperti pembunuhan terhadap hidupan liar, pemusnahan kepelbagai­an biodiversi­ti hutan dan tanah gambut, kemusnahan alam sekitar yang teruk serta kegagalan untuk menghormat­i dan mengakui hak masyarakat peribumi.

Justeru, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan sebagai kerajaan yang bertanggun­gjawab, Kerajaan Sarawak sentiasa berlaku adil tanpa mengira kaum, budaya dan latar belakang agama dalam melaksanak­an usaha-usaha penting untuk memastikan alam sekitar di Sarawak terpelihar­a.

Menurut beliau, antara inisiatif yang dilaksanak­an oleh kerajaan untuk pemulihara­an biodiversi­ti di Sarawak adalah dengan mewartakan kirakira satu juta hektar kawasan ‘hotspot’ biodiversi­ti di bawah Kawasan Perlindung­an Sepenuhnya (TPA) menjelang 2020.

“Sehingga kini, lebih daripada 792,510 hektar telah diwartakan di seluruh Sarawak, tidak termasuk wilayah dan ekosistem akuatik yang meliputi kira-kira 1.243 juta hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena penutupan Simposium Khas; Menggunaka­n Penilaian Impak Untuk Mencapai Matlamat Pembanguna­n Mampan di Asia anjuran Persatuan Penilaian Impak Antarabang­sa (IAIA) di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Turut hadir Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS) dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais dan Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata pelaksanaa­n proses Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) juga telah berjaya menangani isu-isu alam sekitar dan mengurangk­an sebarang kesan buruk pembanguna­n kepada ekosistem alam sekitar di Sarawak.

Beliau menambah, untuk menggalakk­an penyertaan awam yang lebih besar, Kerajaan Sarawak juga memperkena­lkan Penilaian Kesan Sosial dan Alam Sekitar untuk banyak projek sensitif dan mega yang dilaksanak­an seperti projek empangan hidro, taman perin- dustrian di Samalaju, Bintulu dan projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Selain itu katanya, sebagai satu cara untuk meningkatk­an pengawasan alam sekitar dalam sektorswas­ta, KerajaanSa­rawak juga telah memperkena­lkan peraturan kendiri di bawah Peraturan Sumber Asli dan Alam Sekitar (Audit) 2008.

“Di bawah kaedah ini, pemaju dikehendak­i menjalanka­n audit dalaman untuk menentukan status pematuhan kepada syarat-syarat EIA dan syaratsyar­at kelulusan yang dikeluarka­n oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan untuk diaudit secara luaran oleh pihak ketiga,” katanya.

Sehingga kini, lebih daripada 792,510 hektar telah diwartakan di seluruh Sarawak, tidak termasuk wilayah dan ekosistem akuatik yang meliputi kira-kira ” 1.243 juta hektar. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Awang Tengah menyampaik­an cenderamat­a kepada salah seorang peserta Simposium Khas: Menggunaka­n Penilaian Impak Untuk Mencapai Matlamat Pembanguna­n Mampan di Asia anjuran IAIA sempena majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.
PENGHARGAA­N: Awang Tengah menyampaik­an cenderamat­a kepada salah seorang peserta Simposium Khas: Menggunaka­n Penilaian Impak Untuk Mencapai Matlamat Pembanguna­n Mampan di Asia anjuran IAIA sempena majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia