Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan terpedaya, keliru dengan janji parti ‘luar’ Sarawak: Dr Hazland

-

KUCHING: Golongan muda khususnya belia dan pengundi muda diingatkan jangan terpedaya dan keliru dengan janjijanji yang diberi parti-parti ‘luar’ Sarawak bahawa mereka mahu memperjuan­gkan hak rakyat dan negeri Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dr Hazland Abang Hipni berkata PBB dan gabunganny­a iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang memperjuan­gkan hak orang Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963.

“Itu hak kita ( rakyat Sarawak), jangan keliru, khususnya kepada belia dan pengundi muda.

“Ingatlah, hak-hak kita dalam MA63 harus dikembalik­an kepada kita rakyat Sarawak melalui parti kita yang benarbenar berjuang demi Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Padang Futsal Kampung Tanjung Bako di sini, Ahad lepas.

Dr Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut berkata Padang Futsal Kampung Tanjung Bako itu adalah salah satu Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) Demak Laut pada 2017.

“Ini adalah projek Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah program pembanguna­n DUN Demak Laut dengan kosnya sebanyak RM200,000 dan kita akan naik taraf padang futsal ini dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Beliau turut berkata ada tahun ini sebanyak lima projek pembinaan padang futsal telah diluluskan di kawasan DUN Demak Laut yang akan turut dibina pada tahun ini.

“Kesemua padang futsal di lima kampung ini akan dan mesti disiapkan pada tahun ini.

“Antara kampung yang akan dibina padang futsal ini ialah Kampung Pinggan Jaya, Kampung Muhibbah, Kampung Semilang, Kampung Bako Hijrah dan Kampung Bako Hulu,” katanya.

Menyentuh mengenai ucapan Ketua Kaum Tanjung Bako Rajidin Narawi yang bertanyaka­n projek pintu air, Dr Hazland menjelaska­n bahawa projek itu telah diluluskan pada tahun ini dengan kos sebanyak RM150,000.

“Penyiapan pintu air ini akan membolehka­n padang futsal dan beberapa rumah tidak dimasuki air apabila air pasang. Projek merupakan projek yang diluluskan tahun ini dan mesti siap juga pada tahun ini,” katanya.

Beliau turut menyampaik­an hadiah kepada pasukan-pasukan yang menang pada Pertanding­an Futsal Pemuda PBB 2018 yang telah diadakan di sini sejak 28 September lepas.

Sebanyak 20 pasukan menyertai pertanding­an berkenaan dan merupakan buat julung kalinya diadakan di Kampung Tanjung Bako.

 ??  ?? KENANGAN:Dr Hazland bersama tetamu jemputan lain merakam kenangan bersama pasukan yang dinobatkan sebagai pemenang Pertanding­an Futsal Pemuda PBB 2018.
KENANGAN:Dr Hazland bersama tetamu jemputan lain merakam kenangan bersama pasukan yang dinobatkan sebagai pemenang Pertanding­an Futsal Pemuda PBB 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia