Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Khoo Peng Loong hampir siap diubah suai

-

SIBU: Pasar Khoo Peng Loong di Jalan Khoo Peng Loong di sini hampir siap diubah suai bagi membolehka­n 21 peniaga berpindah semula ke situ pada bulan ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Rogayah Jamain berkata, peniaga akan berpindah semula sebaik pihak kontraktor selesai melakukan kerja akhir.

“Pada masa sama, pihak majlis juga perlu memenuhi beberapa permintaan daripada peniaga di situ,” ujarnya ketika dihubungi kelmarin.

Pasar Khoo Peng Loong di Jalan Khoo Peng Loong dinaik taraf sejak Mei lepas.

Sehubungan itu, peniaga ditempatka­n di tapak sementara bertentang­an pasar tersebut.

Menurut Rogayah, jumlah gerai di situ masih kekal 21 gerai iaitu 15 gerai menjual minuman dan enam gerai makan.

Beliau turut meningatka­n peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan selepas berpindah semula ke premis baharu masing-masing.

Pasar Jalan Khoo Peng Loong ini merupakan tempat makan yang popular bagi penumpang bot ekspres, terutama pe- numpang dari Passin, Daro, Igan dan Pulau Bruit.

Dalam perkembang­an lain, Rogayah berkata pengusaha kedai kopi serta kedai makan boleh dikenakan kompaun sekiranya didapati memberi makanan kepada anjing liar yang berkeliara­n di sekitar premis mereka.

“Pemilik kedai dinasihati agar tidak memberi makanan kepada anjing atau kucing liar seperti yang termaktub dalam lesen yang dikeluarka­n oleh MPS.

“Pemilik kedai boleh dikenakan kompaun sekiranya didapati memberikan makanan kepada anjing atau kucing liar ini,” ujarnya.

Begitu juga dengan orang awam, beliau turut menasihati mereka agar tidak memberi sisa makanan kepada anjing serta kucing liar yang berkeliara­n di tempat makan itu.

“Menjadi tanggungja­wab pemilik premis menasihati pelanggan mereka agar tidak berbuat demikian.

“Mereka juga boleh memohon kepada pihak majlis untuk menangkap anjing liar yang berkeliara­n di sekitar kedai,” ujar Rogayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia