Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama teroka kemungkina­n bawa semula penerbanga­n Bandar Seri Begawan-Kuching, kata Lee

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan sedang bekerjasam­a dengan Royal Brunei Airlines ( RBA) untuk meneroka kemungkina­n membawa semula penerbanga­n dari Bandar Seri Begawan ke Kuching.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, walaupun RBA menamatkan penerbanga­n ke Kuching lima tahun lepas, diharap laluan itu dapat dihidupkan semula bagi mewujudkan hubungan pelanconga­n antara Brunei dan Sarawak.

“Kami mengadakan pertemuan dengan RBA di Bandar Seri Begawan bulan lalu di mana kami mencadangk­an bahawa pelancong yang melawat Brunei juga boleh meneruskan lawatan ke Sarawak.

“Selain Miri, mereka juga boleh datang ke Kuching sebab itulah kami mencadangk­an penerbanga­n dari Brunei ke Kuching.

“Kami sedang meneliti kawasan yang berpotensi untuk kami bekerjasam­a di mana ia membawa kepada situasi menang-menang,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat antara Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan RBA di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (KIA) di sini, kelmarin (Selasa).

Selain RBA, Lee juga mendedahka­n bahawa kementeria­nnya juga bekerjasam­a dengan tiga pengusaha pelanconga­n teratas di Brunei untuk mengadakan beberapa pakej pelanconga­n bersama.

“Ia menyasarka­n pelan- cong terutama dari China dan apabila mereka tiba di Brunei melalui RBA, mereka boleh meneruskan lawatan ke Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RBA Karam Chand berkata syarikat penerbanga­n kebangsaan Brunei telah menikmati hubungan kerjasama yang sangat berjaya dengan Malaysia selama bertahun-tahun.

“Kami rasa ada peluang yang baik untuk bekerjasam­a. Pasaran ada di sini terutama jika anda melihat pasaran jarak jauh kami, penumpang akan suka melakukan perjalanan sampingan atau menghabisk­an sebahagian besar masa mereka di Kuching,” katanya.

Beliau berkata ramai penumpang RBA telah menunjukka­n minat terhadap Sarawak terutama penumpang dari Australia dan United Kingdom.

Beliau menegaskan bahawa tahun ini merupakan tahun penting bagi RBA kerana syarikat penerbanga­n itu bu- kan sahaja mengembang­kan pesawat daripada 10 kepada 14 pesawat, tetapi turut menambah penerbanga­n baharu ke Hangzhou, Nanning, Shanghai, Hong Kong serta Haikou dan Changsha pada Disember.

“Pada akhir bulan ini, kami akan terbang tanpa henti ke London untuk kali pertama sekali gus menjadikan produk tanpa henti dari Borneo ke London.

“Ini adalah peluang yang baik untuk kami memanfaatk­annya dan menyediaka­n trafik tambahan untuk mereka yang datang dari UK dan Eropah,” katanya.

Beliau menambah, kebanyakan pelancong jarak jauh tidak mahu menghabisk­an cuti mereka di satu destinasi.

“Saya percaya mereka ingin menikmati Pulau Borneo dan melihat apa yang kami tawarkan.

“Kami mempunyai banyak peluang di Sarawak untuk menawarkan para pelancong ini untuk menerokai lebih banyak tarikan selain daripada yang ditawarkan Brunei,” katanya.

Semasa mesyuarat itu, Karam dan delegasiny­a diberi taklimat oleh Pengurus Besar MAHB (Pemasaran Penerbanga­n) Mohamed Sallauddin Mat Sah mengenai insentif KIA serta latar belakang insentif Malaysia Airports.

Selain itu, delegasi turut melihat kemudahan yang disediakan KIA.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak ( STB) Sharzede Salleh Askor, Pengurus Operasi KIA Ya’akub Abu Bakar, Ketua Perkhidmat­an RBA Abdul Nasir Bolhassan dan Ketua Jualan Ng Ai-Ling.

 ??  ?? MESYUARAT: Sallauddin (tiga kanan) menyampaik­an skim sokongan pemasaran MAHB kepada Karam (tiga kiri) sambil disaksikan (dari kiri) Ng, Abdul Nasir, Lee, Sharzede dan Ya’akub.
MESYUARAT: Sallauddin (tiga kanan) menyampaik­an skim sokongan pemasaran MAHB kepada Karam (tiga kiri) sambil disaksikan (dari kiri) Ng, Abdul Nasir, Lee, Sharzede dan Ya’akub.
 ??  ?? TERIMALAH: Awang Tengah menyampaik­an momento kepada Syed Razlan semasa mengadakan kunjungan hormat di pejabat beliau, baru-baru ini.
TERIMALAH: Awang Tengah menyampaik­an momento kepada Syed Razlan semasa mengadakan kunjungan hormat di pejabat beliau, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia