Utusan Borneo (Sarawak)

Kisah Abdul Kadir maut kemalangan ketika bawa empat kucing jalanan tarik perhatian timbalan menteri

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin semalam menziarahi keluarga Allahyarha­m Abdul Kadir Bujang, 57, yang maut dalam kemalangan motosikal ketika membawa kotak berisi empat ekor kucing jalanan yang diselamatk­annya pada 21 September lalu.

Mohamed Hanipa berkata, ketika mengetahui kejadian tersebut, beliau berasa simpati malah kagum dengan sikap mulia Allahyarha­m Abdul Kadir yang patut diteladani rakyat negara ini.

“Sebenarnya, tujuan saya menziarahi keluarga Allahyarha­m Abdul Kadir hari ini adalah semata-mata untuk memberi sokongan moral dan menunjukka­n rasa simpati serta kagum dengan tindakan arwah untuk memelihara kucing jalanan itu.

“Saya mahu rakyat Malaysia mempunyai sikap sebegini yang suka menolong orang termasuk haiwan.

“Malah, saya sendiri turut memberitah­u anak- anak supaya mencontohi sikap mulia ini,” katanya sambil menegaskan bahawa beliau ke sini bukan untuk tujuan politik.

Mohamed Hanipa berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan ke rumah ‘wira tak didendang’ Allahyarha­m Abdul Kadir di rumahnya di No.5009, Kampung Samariang Tanah Merah, Lorong Bentara 4B di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak Mohamad Fidzuan Zaidi.

Pada kunjungan itu, Mohamed Hanipa turut menyampaik­an sumbangan kepa- da ahli keluarga Allahyarha­m Abdul Kadir.

Sementara itu, adik bongsu Allahyarha­m, Raamah Bujang, 46, mengucapka­n terima kasih atas keprihatin­an Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu ke rumah mereka.

“Saya sememangny­a tidak menyangka beliau (Mohamed Hanipa) akan datang ke sini untuk menziarahi kami sekeluarga.

“Bagaimanap­un, saya ingin mengucapka­n terima kasih atas sokongan moral yang diberikan beliau,” katanya.

Raamah berkata, abangnya meninggal dunia disebabkan kecederaan parah di rusuk kanan dipercayai terkena penghadang jalan di Bulatan Dewan Bandaraya Utara (DBKU) di Jalan Samariang di sini kira-kira jam 8.55 pagi pada 21 September lalu.

“Arwah sangat sayangkan kucing dan dia berhasrat memelihara empat anak kucing yang dijumpainy­a di kawasan pembuangan sampah berdekatan rumah mereka meskipun rumah sudah ada banyak kucing,” katanya.

Allahyarha­m yang bekerja sebagai pencuci kereta dan merupakan anak ketiga daripada 10 adik beradik meninggalk­an isteri, Salina Mohd, 61.

Dalam isu berlainan, ketika ditanya mengenai sama ada terdapat usul atau undangunda­ng baharu pada sidang parlimen 15 Oktober nanti, Mohamed Hanipa berkata, beliau akan menghadiri mesyuarat untuk membincang­kan hal itu hari ini.

“Biasanya sebelum parlimen bersidang kami akan adakan meyuarat. Maka itu, saya tak boleh nak ramalkan apa yang berlaku,” katanya.

 ?? — Foto Muhd Rais Sanusi ?? TERTARIK: Mohamed Hanipa mendengar cerita adik bongsu arwah, Raamah (kanan) tentang kejadian yang berlaku sebelum Allahyarha­m Abdul Kadir meninggal dunia, semasa beliau menziarahi keluarga Allahyarha­m di Kuching, semalam.
— Foto Muhd Rais Sanusi TERTARIK: Mohamed Hanipa mendengar cerita adik bongsu arwah, Raamah (kanan) tentang kejadian yang berlaku sebelum Allahyarha­m Abdul Kadir meninggal dunia, semasa beliau menziarahi keluarga Allahyarha­m di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia