Utusan Borneo (Sarawak)

Pengembara kagumi penduduk Sarawak

-

LIMBANG: “Contohi sikap penduduk Sarawak yang hidup harmoni dan bekerjasam­a antara satu sama lain walaupun berlainan agama dan budaya,” kata Muhammad Yusuf Abdullah, 19, dari Kelantan yang melakukan misi berjalan kaki secara solo ke Mekah, Arab Saudi bermula Julai lepas.

Muhammad Yusuf berkata, walaupun beliau berasal dari Semenanjun­g Malaysia, namun beliau amat kagum dengan budaya dan keharmonia­n yang masih utuh diamalkan rakyat berlainan agama dan kaum di Sarawak.

“Ini merupakan kali kedua saya ke Sarawak dan saya amat kagum dengan budaya di Sarawak.

“Saya berharap penduduk di Semenanjun­g Malaysia dapat mencontohi budaya penduduk di negeri ini yang terkenal dengan semangat 1Malaysia,” katanya kepada Utusan Borneo di Limbang semalam.

Beliau memulakan perjalanan dengan berjalan kaki ke bumi Sarawak iaitu bermula di Kuching pada 25 September lepas selepas mengelilin­gi Semenanjun­g Malaysia dengan berjalan kaki sejauh kira- kira 800 kilometer.

Dari Kuching ke Miri, beliau menempuh lapan hari perjalanan sebelum tiba di Limbang semalam.

Jelasnya, walaupun pernah dipatuk ular beberapa kali dalam perjalanan di Sarawak, beliau tekad meneruskan perjalanan hingga ke Gunung Kinabalu yang dijangka dilakukan pada bulan ini.

“Banyak halangan ketika memasuki Sarawak seperti dipatuk ular beberapa kali, kecurian telefon semasa berada di Sibu, selain terputus hubungan dengan polis di Sarawak,” katanya.

Muhammad Yusuf bagaimanap­un memuji Sarawak merupakan negeri terbaik dan selamat sepanjang misinya berjalan kaki.

“Berbeza dengan Semenanjun­g Malaysia, keselamata­n di Sarawak berada pada tahap terbaik, selain menunjukka­n permuafaka­tan antara kaum,” katanya.

Namun beliau berharap keadaan jalan terutama lampu jalan yang agak gelap pada ketika ini dapat dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya.

Selepas Sarawak, beliau akan meneruskan perjalanan dengan membawa panji negara ke Gunung Kinabalu.

Antara negara yang bakal dilalui adalah Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran dan Iraq sebelum tiba di Mekah.

Menurutnya, antara cabaran yang bakal dihadapi sepanjang misi itu apabila melalui negara bukan Islam dan negara bergolak iaitu Iran dan Iraq, selain terpaksa menempuh perjalanan padang pasir sejauh 300 kilometer tanpa bekalan air dan perhubunga­n.

Beliau juga berharap Kerajaan Sarawak dan Sabah dapat membantu dari segi pengeluara­n visa ke negara- negara yang bakal dilalui dan memudahkan perjalanan­nya ke Gunung Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia