Utusan Borneo (Sarawak)

Nurul Shafinaz, Sabu wakili Zon Selatan pada tilawah polis

-

KUCHING: Inspektor Nurul Shafinaz Halim daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dan Sarjan Sabu Sli yang bertugas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching akan mewakili Zon Selatan pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kontinjen Sarawak.

Dalam ujian saringan peringkat Zon Selatan yang berlangsun­g di Dewan Minda Sekolah Latihan Kontinjen Sarawak semalam, enam qari dan lima qariah mengambil bahagian.

Kali ini IPD Padawan dipilih sebagai tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Selatan.

Keputusan penuh menyaksika­n Sub Inspektor Abdul Rabu Hamdan daripada IPD Kuching muncul naib johan bagi kategori qari manakala Kostabel Mohd Firdaus Md Daud daripada IPD Serian di tempat ketiga.

Manakala Koperal Rosnani Abdul Rahman daripada IPD Kota Samarahan memenangi tempat kedua bagi kategori qariah dan Azlilawati Wahi daripada IPD Serian di tempat ketiga.

Difahamkan antara objektif penganjura­n tilawah itu ialah menarik minat warga Polis Diraja Malaysia ( PRDM) menguasai al-Quran.

Pada masa sama, ia sebagai wadah ilmu serta mengeratka­n hubungan silaturahi­m khususnya dalam kalangan warga PDRM.

“Johan kategori qari dan qariah bagi Zon Selatan akan bertanding di peringkat kontinjen Sarawak yang akan ditetapkan tarikhnya kelak,” katanya.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan selaku pengerusi penganjur dan Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Zamzuri Mohamad serta ketua-ketua jabatan dari Zon Selatan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Aidil (enam kiri) bergambar bersama qari dan qariah yang mengambil bahagian. Turut kelihatan Sabu (lima kiri) dan Nurul Shafinaz (lima kanan).
UNTUK ALBUM: Aidil (enam kiri) bergambar bersama qari dan qariah yang mengambil bahagian. Turut kelihatan Sabu (lima kiri) dan Nurul Shafinaz (lima kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia