Utusan Borneo (Sarawak)

Pesuruhjay­a kehakiman tarik diri dengar kes saman Synergy terhadap NSTP

-

KUALA LUMPUR: Seorang pesuruhjay­a kehakiman Mahkamah Tinggi semalam menarik diri daripada mendengar kes saman difailkan syarikat pemaju Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) terhadap syarikat akhbar The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) atas dakwaan menerbitka­n artikel berunsur fitnah mengenai syarikat itu dan pembabitan­nya sebagai pemaju utama Kuala Lumpur Vertical City Project (KLVC) di Jalan Semarak.

Peguam Rueben Mathiavara­nam, yang mewakili NSTP berkata Datuk Aliza Sulaiman menarik diri daripada mendengar kes saman itu berikutan beliau mengenali Pengarah Urusan dan Pembanguna­n SPSB Datuk Marina Hashim kerana pernah menghadiri beberapa majlis bersama.

“Hakim berkenaan berkata, beliau mengenali Datuk Marina dan beliau beberapa kali menghadiri majlis dan memberi nasihat berhubung kontrak berkenaan sebelum itu. Oleh itu, hakim berkata adalah tidak sesuai bagi beliau untuk membuat keputusan berhubung kes berkenaan,” kata peguam berkenaan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada pengurusan kes itu semalam di dalam kamar Aliza dengan dihadiri peguam Datuk Prem Ramachandr­an, yang mewakili SPSB.

Sementara itu, Prem berkata kes berkenaan akan didengar oleh hakim lain, namun tarikh untuk pengurusan kes selanjutny­a akan ditetapkan kemudian.

Pada 20 Jun lepas, SPSB selaku plaintif menyaman NSTP dan wartawan Che Wan Badrul Alias selaku defendan atas dakwaan mener- bitkan enam artikel berunsur fitnah dalam akhbar Berita Harian antara 21 Dis 2017 hingga 9 Feb 2018 mengenai syarikat itu, mengakibat­kan SPSB mengalami kerugian kerana kehilangan projekproj­ek nilai tinggi yang diusahakan­nya.

Dalam pernyataan tuntutan, SPSB mendakwa laporan dan artikel dalam akhbar itu telah dimuat naik dalam laman web NSTP di https://www.bharian.com.my dan akibat daripada tindaktand­uk kedua-dua defendan laporan dan artikel itu telah tular ke media massa yang lain.

Dakwa SPSB, laporan itu ditulis dengan tidak beretika dan gagal mematuhi nilainilai kewartawan­an yang adil antara lain membuat dakwaan terhadap syarikat berkenaan bahawa ia secara salah memindahka­n aset-aset milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) sehingga menjejaska­n FELDA.

Oleh itu, SPSB memohon perintah injunksi untuk menghalang kedua-dua defendan atau pekerjanya atau ejennya daripada menerbitka­n semula kenyataan fitnah itu selain menuntut ganti rugi berjumlah RM250 juta serta permohonan maaf mengikut terma yang ditetapkan oleh syarikat.

NSTP dalam pembelaan yang difailkan pada 25 Julai lepas mendakwa artikel-artikel berkenaan tidak memfitnah dan tidak ada kena-mengena dengan syarikat itu tetapi secara eksklusif menyentuh isu-isu kepentinga­n awam.

Dakwa kedua- dua defendan, artikel- artikel itu ditulis dengan cara yang adil dan bertanggun­gjawab. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia