Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam pemohon tidak dapat menghadiri prosiding semalam

-

G E O R G E T O W N : Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 12 Oktober ini untuk mendengar permohonan difailkan pengendali laman Facebook Mohsin Abdul Latif untuk mengkaji dan menyemak semula keputusan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang tidak diteruskan baru-baru ini.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu selepas Mohsin atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Mamu Parpu’ selaku pemohon dalam kes itu memaklumka­n peguamnya Gunamalar Joorindajn tidak dapat menghadiri prosiding semalam.

“Pemohon (Mohsin) baharu menghantar surat kepada mahkamah menjelaska­n tarikh pendengara­n pada hari ini (semalam) tidak sesuai dan memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu selepas 9 Oktober ini. Kalau ikutkan, saya boleh buang permohonan ini dalam tem- poh lima minit sahaja dan tidak perlu ditangguhk­an ke suatu tarikh lain. Bagaimanap­un pemohon telah mengemukak­an surat baharu yang kandungan tidak sama seperti sebelum ini.

“Jika mahkamah tidak memberi penangguha­n nanti akan timbul isu dan kata mahkamah tidak adil kerana tidak berbuat demikian. Justeru mahkamah menetapkan 12 Okt ini untuk mendengar permohonan ini dan kes akan tetap berjalan sekiranya peguam gagal hadir,” katanya,

Pada pertengaha­n September lepas, Mohsin memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mendapat perintah bahawa keputusan berkenaan perlu dikaji semula dan diketepika­n atau diubah dan digantikan dengan perintah Lim dan Phang dilepaskan tanpa dibebaskan.

Permohonan itu dibuat menurut Seksyen 278 Kanun Prosedur Jenayah.

Dalam permohonan itu, Mohsin menamakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) sebagai responden pertama, Lim sebagai responden kedua dan Phang responden ketiga.

Pada 3 Sept lepas, Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaska­n Lim yang kini Menteri Kewangan dan Phang daripada pertuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran pasaran berikutan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim, dan peguam Datuk V.Sithambara­m serta peuam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Phang, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu.

Hakim Hadhariah yang turut mendengar kes rasuah berkenaan turut tidak bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan supaya pertuduhan itu ditarik balik dan kedua- dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Mohsin ialah seorang daripada saksi yang dipanggil memberi keterangan dalam kes rasuah tersebut.

Sementara itu, Ramkarpal dan Sithambara­n yang mewakili Phang memaklumka­n kepada pemberita di luar mahkamah, pihaknya telah bersedia dengan hujahan bantahan awal bagi permohonan tersebut.

SPRM diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri. — Bernama

Kalau ikutkan, saya boleh buang permohonan ini dalam tempoh lima minit sahaja dan tidak perlu ditangguhk­an ke suatu tarikh lain. Datuk Hadhariah Syed Ismail Hakim

 ?? — Gambar Bernama ?? DILUPUSKAN: Ridzuan (dua kanan) bersama pegawainya melupuskan barang-barang tiruan setelah mahkamah memberi kebenaran untuk melupuskan barang-barang berkenaan di Kompleks Penyimpana­n Ekshibit KPDNKK Pulau Pinang di Kawasan Perindustr­ian Bukit Minyak, semalam.
— Gambar Bernama DILUPUSKAN: Ridzuan (dua kanan) bersama pegawainya melupuskan barang-barang tiruan setelah mahkamah memberi kebenaran untuk melupuskan barang-barang berkenaan di Kompleks Penyimpana­n Ekshibit KPDNKK Pulau Pinang di Kawasan Perindustr­ian Bukit Minyak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia