Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik van dan Maahad Tahfiz fail rayuan berhubung bayaran RM4.3j

-

KOTABHARU: CT-OneCorpora­tion Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kota Bharu yang memerintah­kan kedua-duanya dan satu pihak lagi membayar sejumlah RM4,334,507 kepada bekas pelajarnya yang terbabit dalam kemalangan van pada Jun tahun lepas.

Notis rayuan bagi membatalka­n atau mengurangk­an jumlah bayaran itu difailkan oleh pengasas maahad tahfiz berkenaan Datuk Adnan Hashim menerusi Tetuan Tengku Azlina, Azlan Shah & Azman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Pada 23 September lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Nazri Ismail memutuskan CT-One Corporatio­n Sdn Bhd, Maahad Tahfiz Al-Hashimi dan pemandu van Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25, bertanggun­gjawab secara vikarius terhadap kecederaan dialami bekas pelajar itu yang menyebabka­nnya hilang upaya akibat kemalangan itu.

Sehubungan itu, mereka diperintah membayar RM4,334,507 kepada Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 18, selaku defendan pertama dan ibunya Jahsuriawa­ny Mustapha, 46, selaku defendan kedua.

Kos itu membabitka­n ganti rugi terhadap Muhammad Faiz Hafizuddin yang cedera kepala dan retak saraf tunjang sehingga menyebabka­n mangsa lumpuh seumur hidup serta bagi pembelian lampin pakai buang, tiub makanan, beg kencing, katil, tilam dan jururawat persendiri­an.

Dalam kemalangan van pada Jun tahun lepas, tujuh daripada 12 pelajar tahfiz termasuk seorang berasal dari Thailand, terbunuh dengan lima daripadany­a maut di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Kuala Krai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia