Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga anjing liar ditangkap di Sibu disahkan positif rabies

-

SIBU: Tiga anjing liar yang ditangkap di Jalan Teng Chin Hua di sini, disahkan positif rabies.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee berkata, ketiga-tiga anjing itu ditangkap pada 29 Ogos lepas.

“Sampel yang dihantar ke Kuching kemudian mengesahka­n tiga ekor anjing liar ini positif rabies,” ujarnya pada sidang media, lewat petang semalam.

Terdahulu beliau telah mempengeru­sikan Mesyuarat Kawalan Penyakit Rabies Bahagian Sibu di Pejabat Residen, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong merangkap Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King serta ketua-ketua jabatan.

Menurut Dr Annuar, Bilik Operasi Kawalan Rabies Bahagian Sibu kini mem- fokuskan kawasan dalam lingkungan 10 kilometer dari kawasan kes itu dikesan.

Untuk itu katanya, mereka telah menjalanka­n operasi pertama iaitu ACD (Active Case Detection), di mana pasukan perubatan pergi dari rumah ke rumah bagi mengesan kes gigitan anjing.

“Kita juga akan menjalanka­n operasi memindahka­n anjing liar dari kawasan ini dan memberi vaksin kepada semua anjing di kawasan terlibat.

“Semua ini akan dapat dicapai jika ada kerjasama daripada orang awam terutama dalam program vaksinasi,” ujar Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi itu.

Dr Annuar turut menasihati pemilik haiwan peliharan itu agar tidak membiarkan anjing mereka berkeliara­n kerana dibim- bangi akan bergaduh dengan anjing liar.

Menurut beliau, sekiranya anjing tersebut bergaduh dengan anjing liar, risiko terkena jangkitan rabies adalah tinggi.

“Buat masa ini, kawasan dalam lingkungan 10 kilometer atau seluruh bandar Sibu ini merupakan kawasan yang kritikal,” tegasnya.

ADUN Nangka itu turut mengingatk­an orang awam agar tidak membawa anjing dari luar ke Sibu.

Beliau juga menasihati pemilik anjing agar menghantar haiwan peliharaan mereka itu bagi mendapatka­n vaksinasi di pejabat Jabatan Veterinar, Jalan Perpaduan secara percuma dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, setiap hari.

Sehingga kini, sejumlah 8,081 anjing telah diberi vaksin rabies di Sibu.

 ??  ?? KRITIKAL: Dr Annuar (duduk, tengah) bersama Tiong (duduk, dua kiri) serta yang lain selepas mesyuarat kawalan rabies bahagian Sibu.
KRITIKAL: Dr Annuar (duduk, tengah) bersama Tiong (duduk, dua kiri) serta yang lain selepas mesyuarat kawalan rabies bahagian Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia