Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah yang dilupus adalah barang kes yang dirampas dan telah selesai perbicaraa­n di mahkamah

-

PORT DICKSON: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Polis Kontinjen Kuala Lumpur melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 96 kilogram dan 4,005 mililiter air ketum (Mitragynin­e) yang dianggarka­n bernilai RM14 juta di tapak pelupusan sisa toksik Kualiti Alam Sdn Bhd (Kualiti Alam) dekat sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pelupusan pelbagai jenis dadah itu merupakan barang kes yang dirampas yang mana kes mahkamah telah selesai perbicaraa­n.

“Pelupusan barang kes dari tahun 1981 hingga 2017 ini bertujuan untuk mengelakka­n tempat penyimpana­n menjadi padat dan tidak tersusun yang menyukarka­n pergerakan keluar masuk barang kes bagi tujuan perbicaraa­n.

“Ia juga bertujuan untuk memberi ruang kepada barang kes yang baharu dan masih di peringkat perbicaraa­n. Pelupu- san dadah ini adalah mengikut proses yang telah ditetapkan seperti arahan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) D207,” katanya kepada pemberita semasa majlis pelupusan pelbagai jenis dadah itu di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Zainuddin Yaacob, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Datuk Mohamad Mat Yusop, Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Sharifah Zakiah Syed Sahab dan Pemangku Ketua Operasi Kualiti Alam Sdn Bhd Mohd Rizal Zambros.

Mazlah berkata pelupusan dadah itu melibatkan dadah jenis heroin, Monoacetyl­morphines, campuran heroin dan Monoacetyl­morphines, methamphet­amine, pil Erimin 5, Ketamin, candu, ganja, pil ekstasi, air ketum dan lain-lain dadah.

Katanya barang kes dadah yang dilupuskan itu merupakan kes yang telah selesai perbicaraa­n berjumlah 5,222 kertas siasatan bagi tahun berkenaan (1981-2017).

“Pemilihan syarikat Kualiti Alam untuk tujuan pelupusan dadah tersebut adalah berdasarka­n kewibawaan dan pengalaman syarikat terbabit dalam industri pengurusan sisa.

“Syarikat Kualiti Alam juga mempunyai peralatan dan kepakaran dalam urusan pelupusan barangan berjadual seperti yang dikehendak­i. Selain itu, pusat itu juga mempunyai fasiliti yang bersepadu serta menggunaka­n teknologi pelupusan yang terkini.

“Semua barang kes dadah pada hari ini dilupus menggunaka­n fasiliti terbaharu iaitu loji penunuan yang menghasilk­an tenaga baharu (scheduled waste to energy). Kaedah ini menggunaka­n teknologi tinggi yang setara dengan standard Eropah, yang mana ianya lebih selamat, teratur dan tiada pencemaran,” katanya. — Bernama

Pelupusan barang kes dari tahun 1981 hingga 2017 ini bertujuan untuk mengelakka­n tempat penyimpana­n menjadi padat dan tidak tersusun yang menyukarka­n pergerakan keluar masuk barang kes bagi tujuan perbicaraa­n. Datuk Seri Mazlan Lazim Ketua Polis Kuala Lumpur

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: ACP Shamsul (dua kanan) bersama pegawai menunjukka­n pelbagai jenis arak kepada pemberita pada sidang media mengenai rampasan arak tanpa cukai di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selantan, Klang semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: ACP Shamsul (dua kanan) bersama pegawai menunjukka­n pelbagai jenis arak kepada pemberita pada sidang media mengenai rampasan arak tanpa cukai di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selantan, Klang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia