Utusan Borneo (Sarawak)

Terperangk­ap dalam mesin basuh: Bapa saudara kanak-kanak ditahan

-

KUALA LUMPUR: Polis menahan bapa saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang terperangk­ap dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 11 malam kelmarin.

“Suspek dipercayai memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin basuh dengan niat untuk bergurau menyebabka­n mangsa terperangk­ap kira-kira 20 minit.

“Mangsa kemudianny­a berjaya diselamatk­an dengan bantuan orang awam serta polis dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata suspek kini direman selama empat hari sehingga Sabtu dan kes disia- sat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaika­n, membuang atau mendedahka­n kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabka­nnya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Selain itu, Lim berkata pihak polis telah mengambil keterangan ibu mangsa dan akan menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

“Ibu mangsa sebelum ini membuat laporan anaknya itu hilang dan secara tibatiba berada di dalam mesin basuh,” katanya.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi Selasa berkenaan tular di laman sosial Facebook memaparkan rakaman berdurasi satu minit detik cemas kanak- kanak yang terperangk­ap di dalam mesin basuh itu diselamatk­an oleh orang awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia