Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat sehenti rawatan kanser perlu diperluas seluruh negara

Memudahkan pesakit, perkasa industri pelanconga­n kesihatan

-

Namun buat masa ini ia hanya terdapat di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Untuk membawa perubahan kepada rawatan kanser, pusat dengan kemudahan sama perlu ditawarkan lebih meluas meliputi negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak.

KUALA LUMPUR: Perkhidmat­an pusat sehenti rawatan kanser perlu diperluas ke seluruh negara bagi memudahkan pesakit mendapatka­n rawatan sekali gus memperkasa industri pelanconga­n kesihatan negara.

Presiden Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) Dr Matin Mellor Abdullah berkata Malaysia telah mempunyai beberapa pusat sehenti yang menawarkan perkhidmat­an rawatan kanser menyeluruh dengan kemudahan teknologi cemerlang namun hanya di bandar-bandar utama.

Jelasnya, faktor lokasi merupakan aspek penting memandangk­an pesakit perlu berulang-alik bagi menjalani sesi rawatan kanser yang menjangkau lebih 20 sesi.

“Pusat sehenti yang menawarkan rawatan bermula dari aspek pemeriksaa­n, pencegahan, diagnosis awal radioterap­i, kimoterapi dan pembedahan mampu menarik pesakit menjalani rawatan memandangk­an rawatan kanser tidak bergantung kepada kaedah rawatan tunggal

Dr Matin Mellor Abdullah Presiden MOS

dan memerlukan kepakaran berbeza.

“Namun buat masa ini ia hanya terdapat di bandarband­ar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Untuk membawa perubahan kepada rawatan kanser, pusat dengan kemudahan sama perlu ditawarkan lebih meluas meliputi negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak,” katanya kepada Bernama pada Kongres Kanser Sedunia 2018 di sini yang berlangsun­g selama empat hari berakhir semalam.

“Antara faktor yang dilihat menjadi penghalang untuk memperluas perkhidmat­an pusat rawatan sehenti ini tentunya kekurangan pakar. Nisbah ahli onkologi yang merawat pesakit kanser kini dianggarka­n 1:3,” katanya.

Sementara itu pakar Onkologi Klinikal Sunway Medical Centre Christina Lai berkata Malaysia berpotensi untuk terus berkembang menjadi lokasi pelanconga­n kesihatan terbaik kerana mempunyai mesin berteknolo­gi tinggi bertaraf dunia terutamany­a untuk rawatan radioterap­i.

“Kita juga mempunyai akses untuk ubat terbaharu yang tidak terdapat di negara lain terutamany­a di Asia Tenggara,” katanya.

Tambahnya, selain terkenal dengan servis hospitalit­i yang memuaskan, rawatan kanser juga ditawarkan dengan harga berpatutan menjadikan Malaysia bukan sahaja pilihan untuk bercuti tetapi juga destinasi penjagaan kesihatan. — Bernama

 ??  ?? MATIN
MATIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia