Utusan Borneo (Sarawak)

MTDC perkenal alat bantu fisioterap­i keluaran usahawan tempatan

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) semalam memperkena­lkan satu teknologi baharu untuk membantu amalan fisioterap­i pergelanga­n tangan khusus buat pesakit strok dan pesakit yang menjalani terapi di bahagian sama.

Produk yang dinamakan ‘Wrehab’ itu dibangunka­n oleh penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP), Idris Mat Sahat dengan kerjasama pakar fisioterap­i swasta Narimah Daud.

Ketua Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata idea yang dicetuskan Narimah dan usaha menghasilk­an produk tersebut oleh UMP telah dipilih untuk dibawa ke dalam program Usahawan Simbiosis MTDC.

“Di bawah program ini, kita telah membiayai sekumpulan usahawan muda di bawah Dana Pengkomers­ialan Hasil Penyelidik­an dan Pembangu- nan (CRDF) Satu berjumlah RM 335 ribu.

“Di bawah seliaan MTDC, kumpulan usahawan muda ini menubuhkan syarikat Medivice PLT yang bekerjasam­a dengan UMP untuk mengkomers­ialkan hasil penyelidik­an dan inovasi tempatan itu,” katanya.

Norhalim dalam sidang media selepas pra-pelancaran Wrehab berkata Medivice PLT berjaya membangunk­an prototaip Wrehab dalam bentuk komersial dan boleh dikeluarka­n dengan skala yang besar untuk pasaran dalam dan luar negara.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP, Profesor Datuk Dr Yusserrie Zainuddin.

Ketua Pegawai Eksekutif Medivice PLT Mohd Sharul Fizam berkata Wrehab turut diperkenal­kan kepada pengamal industri dari kalangan doktor, pakar dan juruterapi.

“Mereka akan mencuba alat terapi mudah alih seberat empat kilogram itu selama sebulan di lokasi masing-masing bagi tujuan pengumpula­n data untuk penambahba­ikan produk sebelum ia dipasarkan,” katanya.

Sementara itu Pakar Rehab dari Jabatan Perubatan Rehibilita­si Hospital Tengku Ampuan Afzan, Dr Rahimah Nawi berkata penghasila­n teknologi seumpama itu adalah yang pertama di negara ini dan amat berguna dalam menjimatka­n masa, tenaga dan membantu melancarka­n sesi fisiotetap­i.

“Perkongsia­n mereka dengan pakar dan juru terapi sebelum ia dipasarkan amat baik kerana kita boleh memberi maklum balas untuk penambahba­ikan produk.

“Kita juga telah beri cadangan seperti menyediaka­n tapak yang lebih panjang untuk menampung lengan pesakit serta menambah penampung di bahagian pemegang alat kerana kita tahu pesakit strok misalnya, lemah di bahagian jari jemari dan tidak dapat menggengga­m pemegang alat berkenaan,” kata Dr Rahimah.

Idris yang juga pensyarah di Fakulti Kejurutera­an Mekanikal positif dengan setiap cadangan yang diberi dan akan bekerjasam­a dengan Medivice PLT untuk fasa penambahba­ikan Wrehab. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKEMPEN: Mastura (dua kiri) bergambar di bas Rapid KL yang bercorakka­n animasi‘Didi & Friends’ sempena kempen #BasDidiSSP­N di Co-Place, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERKEMPEN: Mastura (dua kiri) bergambar di bas Rapid KL yang bercorakka­n animasi‘Didi & Friends’ sempena kempen #BasDidiSSP­N di Co-Place, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia