Utusan Borneo (Sarawak)

SSPN catat 3.6 juta pendeposit, RM3.8 bilion setakat Ogos 2018

-

CYBERJAYA: Seramai 3.6 juta pemegang akaun di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i/ SSPN-i Plus) dicatatkan sehingga 31 Ogos 2018, dengan jumlah deposit terkumpul M3.8 bilion.

Timbalan Ketua Eksekutif ( Dasar dan Operasi) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Mastura Mohd Khalid berkata, angka tersebut terus meningkat setiap tahun berikutan kesedaran ibu bapa dan masyarakat membuat simpanan untuk pendidikan anak-anak.

“Bukan mudah untuk menggalakk­an ibu bapa menabung pendidikan anak-anak.

“Jumlah tersebut sebenarnya masih kecil berbanding 30 juta jumlah rakyat Malaysia. Malah daripada jumlah itu, hanya 10 juta sahaja rakyat negara ini yang menabung,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen #BasDidiSSP­N di sini, semalam.

Kempen #BasDidiSSP­N diadakan sempena Minggu Menabung SSPN 2018 Peringkat Nasional yang akan bermula 5 hingga 7 Oktober ini di pusat beli-belah One Utama.

“Kemuncak Minggu Menabung ialah pada 6 Oktober yang akan diadakan di seluruh Malaysia dan kita menyasarka­n sebanyak 350 ribu akaun akan dibuka pada minggu itu.”

Kempen #BasDidiSSP­N melibatkan lima buah bas Rapid KL yang dihiasi gambar animasi ‘Didi & Friends’ dan maskot PTPTN akan beroperasi selama tiga bulan bermula 3 Okt 2018 sehingga 3 Jan tahun depan.

Ketua Eksekutif Digital Durian Sinan Ismail berkata pihaknya gembira dengan kerjasama tersebut dan yakin watak animasi Didi & Friends dapat menggalakk­an lebih ramai kanak- kanak menabung.

“Dengan jumlah pengikut di saluran Youtube sebanyak 1.2 juta dan jumlah tontonan mencecah hingga satu bilion, watak- watak Didi, Nana, Jojo dan Pak Atan dapat membantu memupuk nilainilai murni sejak kecil untuk menabung.

“Secara tidak langsung menggalakk­an ibu bapa juga membuat simpanan untuk pendidikan tinggi anak dan tidak hanya bergantung kepada pinjaman pendidikan sahaja,” katanya.

Kempen #BasDidiSSP­N disemarakk­an lagi dengan peraduan swafoto beserta slogan yang memberi peluang kepada peserta memenangi wang tunai yang dikreditka­n ke akaun SSPN.

Syarat penyertaan adalah warganegar­a Malaysia; bergambar bersama bas Rapid KL # BasDidiSSP­N; dan muat naik gambar tersebut ke Instagram @instaptptn&@ didiandfri­ends dengan kempen tanda pagar #BasDidiSSP­N.

Penyertaan perlu dilengkapk­an dengan slogan ‘Saya memilih SSPN kerana….’ tidak melebihi 20 patah perkataan.

Tarikh penghantar­an penyertaan ialah pada 3 hingga 31 Oktober dan pemenang ditentukan menerusi gambar swafoto dan slogan paling kreatif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia