Utusan Borneo (Sarawak)

Selebriti cetus pengaruh, ubah persepsi hijab

-

KUALA LUMPUR: Selebriti berhijab mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas budaya pemakaian hijab dalam kalangan generasi muda sekali gus mengubah persepsi pemakaian litup kepala yang sering mendapat konotasi negatif.

Pensyarah Jabatan Komunikasi Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Dr Tengku Siti Aisha Tengku Mohd Azzman berkata berdasar kajiannya yang bertajuk “Celebrity-fan Engagement on Instagram and How It Influences Perception­s on Hijab Culture Among Muslim Women in Malaysia”, hampir 42 peratus pengaruh budaya berhijab datangnya dari golongan penghibur (artis).

“Selebriti laman sosial seperti personalit­i You Tube, Blogger atau Vlogger dan laman sosial yang lain pula mempengaru­hi kira-kira 27 peratus, usahawan wanita (22 peratus) dan selebihnya selebriti dari industri lain,” katanya kepada Bernama.

Di Malaysia, katanya lima selebriti berhijab iaitu Vivy Yusof, Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina, Neelofa, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Hanis Zalikha antara ‘trendsette­r’ yang dika- takan mengubah corak pemakaian dan penerimaan tudung di negara ini.

Jelasnya, pemakaian hijab kontempora­ri selari dengan syariah yang ditonjolka­n selebriti berkenaan menyebabka­n hijab semakin diterima oleh masyarakat.

“Gaya penampilan berhijab mereka itu membuktika­n litup kepala boleh dipakai di mana-mana majlis malah syarikat-syarikat yang dulunya mempunyai polisi yang ‘berat sebelah’ terhadap hijab, mula bersikap terbuka seperti mana yang dilakukan oleh beberapa syarikat penerbanga­n dan badan beruniform,” katanya.

“Banyak organisasi terutama sektor korporat kini lebih fleksibel kerana wanita berhijab ini sudah membuktika­n tak semestinya bertudung itu tak cekap dalam membuat kerja dan bagi saya, Vivy Yusof adalah contoh terbaik usahawan berhijab yang berjaya,” katanya.

Tengku Siti Aisha juga menjelaska­n, pengaruh selebriti itu bukan saja melibatkan penggayaan hijab tetapi juga mencetuska­n ruang dan peluang golongan wanita menjadi usahawan tudung secara profesiona­l. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia