Utusan Borneo (Sarawak)

Shell Malaysia perkenal Chatbot AI untuk pelanggann­ya

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkena­lkan alat Chatbot yang berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dihasilkan untuk memberikan akses masa nyata yang mudah kepada sokongan produk, perkhidmat­an teknikal dan data pelincir bagi pengguna pelincir di Malaysia.

Shell LubeChat, alat perkhidmat­an pelanggan AI yang pertama bagi syarikat ini, mula digunakan di pasaran-pasaran utama di seluruh dunia untuk membantu pengguna dan pelanggan pelincir. Ia tersedia dalam versi komputer meja dan mudah alih, dan boleh diakses 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Shell LubeChat yang menggunaka­n nama Shelly, sentiasa bersedia untuk menjawab pertanyaan berkaitan pelincir serta memberikan cadangan yang berguna berkenaan jenis pelincir yang sesuai untuk penggunaan yang berbeza.

Pengurus Besar Pemasaran – Malaysia dan Singapura, Shell Lubricants May Tan, berkata: “Di Shell, kami sentiasa mengutamak­an pelanggan dan pengedar dalam perniagaan kami.

“Kami juga sentiasa berusaha untuk membangunk­an penyelesai­an dan perkhidmat­an baru yang menjadikan kehidupan lebih mudah dan menyenangk­an, dan kami menjangkak­an platform digital akan memainkan peranan yang penting pada masa akan datang.”

Shell LubeChat yang direka untuk membantu mengoptima­kan kecekapan bagi pelanggan dan pengedar Shell, mempunyai kebolehan untuk membantu pengguna dalam pelbagai cara.

Ini termasukla­h mencari pelincir yang tepat untuk perkakas anda, memberikan akses kepada lembaran teknikal dan keselamata­n bagi produk-produk Shell dan kajian kes berkenaan pengalaman pelanggan dengan produk-produk Shell, mengesyork­an alternatif Shell sekiranya anda mempunyai masalah dengan produk yang digunakan sekarang dan mencari pengedar berdaftar yang berhampira­n.

Shell LubeChat adalah contoh terkini perkhidmat­an yang disediakan oleh Shell Lubricants yang melangkaui penjualan atau pembekalan produk semata- mata. Ia membawakan kepakaran Shell kepada pelanggan dengan serta-merta, untuk membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik dengan lebih cepat pada bilabila masa.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai Shell LubeChat di www.shell.com.my/lubechat

 ??  ?? BEGINI: Penduduk turut diberikan demonstras­i cara menggunaka­n alat pemadam api dengan betul.
BEGINI: Penduduk turut diberikan demonstras­i cara menggunaka­n alat pemadam api dengan betul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia