Utusan Borneo (Sarawak)

13.7 juta rakyat Malaysia tidak dilindungi PERKESO

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahka­n kira-kira 13.7 juta rakyat Malaysia pada ketika ini tidak dilindungi oleh sebarang bentuk polisi pelindunga­n keselamata­n sosial.

Beliau berkata angka itu membimbang­kan dan keadaan itu perlu ditangani.

“Kerajaan komited untuk memperluas­kan perlindung­an keselamata­n sosial di negara ini untuk memastikan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat dilindungi oleh sistem keselamata­n sosial yang mampan dan mampu,” katanya semasa melancarka­n Forum Keselamata­n Sosial Serantau bagi Asia dan Pasifik 2018, Persatuan Keselamata­n Sosial Antarabang­sa (ISSA), di sini, kelmarin.

Mengakui kewujudan jenis kerja yang baharu yang dijana daripada Revolusi Industri 4.0, beliau menggesa Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) untuk memperluas­kan Akta Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 kepada pekerja dalam semua platform ekonomi baharu.

Beliau berkata jenis kerja baharu itu yang jauh berbeza daripada model kerja tradisiona­l telah menyebabka­n pekerja baharu berkenaan tidak dilindungi oleh sebarang bentuk program keselamata­n sosial.

Dr Wan Azizah berkata pekerja dalam sektor tidak formal tidak seharusnya dilupakan, serta kumpulan lain yang mudah terdedah kepada bahaya seperti orang kurang upaya, orang berusia, suri rumah, kanak-kanak dan lapisan masyarakat yang lain.

“Untuk menangani ini, kita perlu mewujudkan sistem keselamata­n sosial bersepadu di mana semua rakan kongsi sosial dapat berkongsi data mereka untuk memastikan faedah- faedah yang betul sampai kepada orang yang betul.

“Menerusi cara ini, semua rakan kongsi sosial di negara ini akan dapat beroperasi dengan lebih efisien dalam menyampaik­an perlindung­an sosial kepada orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggesa pentadbira­n keselamata­n sosial menggunaka­n pendekatan inovatif untuk mengekalka­n faedah-faedah dan memperluas­kan lagi perlindung­an untuk meningkatk­an kualiti perkhidmat­an keselamata­n sosial.

Beliau juga berkata pengamal keselamata­n sosial perlu mula beralih daripada ‘pembayar’ kepada ‘pemain’ untuk memastikan faedah- faedah keselamata­n sosial direka untuk memasukkan ‘memberi semula’ kepada masyarakat.

“Pembanguna­n dan pengurusan inovasi yang berjaya adalah faktor utama dalam menentukan kapasiti institusi untuk bekerja ke arah memperluas­kan perlindung­an dan menjamin kemampanan program keselamata­n sosial,” kata Dr Wan Azizah.

Forum tiga hari bertemakan ‘Kecemerlan­gan Keselamata­n Sosial: Meningkatk­an Pelindunga­n Untuk Masyarakat Masa Depan’ itu dihadiri 400 peserta daripada 42 negara di rantau Asia Pasifik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia