Utusan Borneo (Sarawak)

Isu pemberian hak milik tanah 999 tahun masih dalam perbincang­an

-

IPOH: Isu mengenai pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada kampung- kampung baharu di Perak masih pada tahap perbincang­an, kata Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.

Ahmad Faizal berkata buat masa ini beliau tidak dapat memberi keputusan kerana ia memerlukan beberapa proses termasuk sesi perbincang­an ‘town hall’.

“Pada ketika ini saya tidak boleh memberikan hak pegangan bebas kerana perancanga­nnya adalah adakan pertemuan town hall, sejurus selepas itu saya akan bawa semua pandangan dan cadangan ke majlis presiden Pakatan Harapan dan juga majlis tanah negara.

“Mereka yang akan membuat apa sahaja keputusan. Saya akan patuh dan turuti tetapi buat masa ini saya hanya akan berikan kepada mereka yang mempunyai Lesen Pendudukan Sementara (TOL) geran 99 tahun untuk mereka dapatkan pinjaman kewangan bagi membina rumah yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersiaran selama satu jam menerusi Slot Sepagi Bersama MB di PerakFM di Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak di sini semalam.

Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chenderian­g berkata walaupun janji memberikan status hak milik tanah 999 tahun kampung- kampung baharu termaktub di dalam manifesto Pakatan Harapan negeri, beliau perlu membuat keputusan berdasarka­n kebaikan ramai.

“Banyak perkara yang dijanji pada ketika ini baik untuk negeri tetapi apabila kita di dalam pentadbira­n, kita melihat ia tidak semestinya baik untuk sebahagian besar majoriti, jadi kita perlu pertimbang dan lihat balik serta menyelaras semula janji-janji kita,” katanya.

Pada 13 Ogos lepas, Ahmad Faizal semasa menggulung perbahasan atas Titah Diraja pada Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Perak Ke-14 berkata pihaknya tidak boleh memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung- kampung baharu kerana ia bercanggah dengan Perlembaga­an Persekutua­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia