Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan Siti Aishah masih tertangguh

-

IPOH: Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengesahka­n pelantikan Ketua Penerangan Keadilan Perak Senator Siti Aishah Shaik Ismail sebagai Penasihat Khas Menteri Besar bertaraf exco masih tertangguh.

Belia berkata ini berikutan terdapat beberapa perkara dan pandangan perlu diambil kira berhubung pelantikan itu termasuk mengelak terlalu ramai pelantikan penasihat menteri besar bertaraf exco.

“Kita memerlukan sedikit masa bagi memastikan kedudukan yang paling sesuai untuk beliau dalam pentadbira­n yang ada sekarang ini.

“Kita tidak boleh melantik terlalu ramai penasihat bertaraf exco, ini membabitka­n peruntukan kerajaan dari segi faedah dan seumpamany­a, jika semua dalam parti Pakatan Harapan desak untuk dapat jawatan besar ini ia akan menyulitka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersiaran selama sejam menerusi Slot Sepagi Bersama MB di PerakFM di Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata secara peribadi beliau ingin mengekalka­n keputusan untuk melantik Siti Aishah memegang jawatan melibatkan belia kerana kebolehann­ya sebagai pemimpin muda.

“Beliau seorang yang ada kebolehan sebagai seorang pemimpin muda dan kita perlu pupuk pemimpin seperti ini supaya menjadi pemimpin yang lebih besar dan bersedia diberi tanggungja­wab nanti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia