Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Kebajikan dan Masyarakat Sarawak anjur Latihan dan Simulasi Pengurusan Pangkalan Hadapan

- Sumbangan Balai Bomba dan Penyelamat Marudi

SERAMAI 500 penduduk dari empat kampung di sekitar Sungai Tinjar Baram telah terlibat pada program Latihan dan Simulasi Pengurusan Pangkalan Hadapan yang telah berlangsun­g di Rumah Panjang Philip Anyi, Long Teran Kanan, Sungai Tinjar Baram, baru-baru ini.

Program terbabit yang melibatkan penduduk dari Long Teran Kanan A, Long Teran Kanan B, Long Teran Kiri dan Long Teran Batu di- anjur Jabatan Kebajikan dan Masyarakat Sarawak pada 28 dan 29 September lepas.

Selain latihan dan simulasi bersama agensi yang berkaitan, penduduk kampung berkenaan turut diberikan taklimat dan demonstras­i penggunaan alat pemadam api.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri antara yang turut terlibat menjayakan program terbabit.

Program tersebut mem- babitkan ceramah Kesiapsiag­aan Menghadapi Bencana dan tugas- tugas pegawai bomba bawah Arahan Majlis Keselamata­n Negara 20 (MKN20).

Anggota yang terlibat memberikan penerangan tersebut ialah Pegawai Bomba (PB) Mansor Wahi, PB Jamal Mohd Yussof dan PB Rustam Aus.

Turut hadiri, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba (PgKB) 1 Law Poh Kiong dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Penolong Penguasa Bomba ( PPgB) Maureen Sim.

Program berkenaan telah disempurna­kan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

Sekitar 60 kakitangan awam dan sukarelawa­n kebajikan turut terlibat pada program berkenaan iaitu dari Pejabat Residen Miri, Pejabat Daerah Beluru, Hospital Miri, Balai Polis Beluru, Pejabat Pertanian Beluru dan Bulan Sabit Merah Malaysia Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia