Utusan Borneo (Sarawak)

PH ingatkan pemimpin patuhi etika berkempen

-

PORT DICKSON: Pakatan Harapan ( PH) akan memastikan pemimpin parti itu yang turun berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil ( PRK) Port Dickson tidak melakukan sebarang serangan peribadi terhadap mana- mana calon yang bertanding.

Pengarah Komunikasi PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata pemimpin-peminpin PH juga diingatkan supaya mematuhi etika itu yang ditekankan pucuk pimpinan parti dan tidak menggunaka­n jentera atau program kerajaan.

“Anwar sebelum ini sudah memberitah­u bahawa serangan peribadi tidak akan dijadikan modal dalam kempennya dan sebab itu kita akan pastikan semua yang turun berkempen akan diberikan peringatan tentang tata etika,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH bagi PRK Port Dickson di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan beberapa pemimpin PH yang dikatakan ‘menyerang’ calon lain ketika berceramah pada satu majlis, Isnin lalu.

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi mengingatk­an pengundi supaya berwaspada dengan sebarang serangan peribadi atau fitnah yang tersebar di media sosial terhadap Anwar.

Ahmad Fahmi menjangkak­an perkara itu akan berlaku kerana musuh politik Anwar akan cuba menimbulka­n persepsi tidak baik rakyat terhadap Ketua Umum PKR itu.

“Serangan tidak masuk akal ini perlu dihentikan, marilah kita berdebat untuk membangunk­an Port Dickson dan gunakan hujah- hujah yang boleh mengangkat wacana dalam perbincang­an, bukan menggunaka­n serangan peribadi,” katanya.

PRK Port Dickson diadakan selepas penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, mengosongk­an kerusi itu pada 12 September lepas untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke- 14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahka­n calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan dari PAS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia