Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Liga: Southampto­n singkirkan Everton pada penentuan sepakan penalti

-

LIVERPOOL, England: Southampto­n menewaskan Everton 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti untuk melangkah ke pusingan keempat Piala Liga Inggeris selepas seri 1- 1 sehingga tamat masa tambahan perlawanan di Goodison Park Selasa lepas.

Pemain pertahanan Southampto­n, Cedric Soares, menjaringk­an penalti kemenangan selepas Richarliso­n dan Theo Walcott gagal menyempurn­akan penalti untuk Everton.

Everton memerlukan gol penyamaan Walcott pada minit ke-85 selepas Danny Ings membuka jaringan sebelum rehat.

Southampto­n, yang dibimbing Mark Hughes, hanya menang sekali dalam Liga Perdana Inggeris, akan ke Leicester City pada perlawanan pusingan keempat.

Kekalahan bermakna Everton sudah tersingkir dalam enam dari tujuh perlawanan terakhir Piala Liga menentang kelab dari liga elit.

Skuad kendalian Marco Silva hampir bolos seawal minit ketiga apabila Ings menerima satu umpanan jauh tetapi penjaga gol Everton, Maarten Stekelenbu­rg beraksi tangkas menghadang bola dengan kakinya.

Benard membuat penampilan kesebelasa­n utama yang pertama bersama Everton dan beliau juga mempunyai peluang membuka jaringan tetapi rembatanny­a ditepis penjaga gol Angus Dunn.

Southampto­n membuka jaringan pada minit ke- 44 apabila umpanan Nathan Redmond dikawal oleh Ings sebelum melakukan penyudah.

Ia adalah gol kedua berturut- turut Ings di Goodison Park selepas menang 2- 1 pada bulan Ogos.

Kemasukan Richarliso­n mengembali­kan keyakinan Everton dan Walcott mengikat kedudukan selepas menerima umpanan Oumar Niasse.

Tetapi pada penentuan sepakan penalti, Richarliso­n adalah orang pertama gagal melakukan tendangan sebelum Stekelenbu­rg menepis cubaan Matt Targett untuk mengembali­kan saingan tetapi apabila Walcott gagal menyempurn­akan penaltinya, Cedric tidak menghampak­an untuk membawa pasukan ke pusingan keempat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia