Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan lewat Silva kembalikan cabaran The Citizens di Eropah

-

SINSHEIM, Jerman: Gol lewat David Silva membolehka­n Manchester City menang 2- 1 di Hoffenheim ketika skuad kendalian Pep Guardiola kembali ke landasan saingan kejuaraan Liga Juara- Juara di sini Selasa lepas.

Selepas dikejutkan 1- 2 oleh Lyon pada perlawanan pertama dua minggu lepas, juara Liga Perdana Inggeris itu terdesak memerlukan kemenangan untuk meninggalk­an slot tercorot dari Kumpulan F.

Silva menjaringk­an gol kemenangan ketiga berbaki tiga minit permainan apabila bertindak pantas selepas bola terkena pemain pertahanan Stefan Posch.

Hoffenheim membuka jaringan seawal minit per- tama dari gol Ishak Belfodil tetapi Sergio Aguero mengikat kedudukan tidak lama selepas itu.

“Kami harus menerima segala yang positif dari permainan ini dengan cara kami menyerang dan bertahan,” kata kapten City, Vincent Kompany.

“Ia keputusan hebat, setiap perlawanan di tempat lawan dalam Liga JuaraJuara adalah sukar untuk mendapatka­n tiga mata penuh. Ini adalah satu- satu keputusan yang kami mahukan selepas tewas kepada Lyon.”

Kemenangan itu adalah selayaknya selepas City mendapat ganjaran dari permainan sabar walaupun menguasai permainan tetapi benteng Hoffenheim berta- han dengan baik.

Bagaimanap­un, City bermula buruk apabila Belfodil membuka jaringan seawal 44 saat selepas sepak mula permainan dari umpanan cantik Kerem Demirbay.

City bagaimanap­un memerlukan hanya lapan minit untuk mengikat kedudukan apabila Silva mengucarka­cirkan pertahanan Hoffenheim dan mengumpan bola kepada Leroy Sane, yang kemudian melorong pendek kepada Aguero untuk melakukan penyudah.

Selepas itu, City menguasai permainan dan mempunyai banyak peluang untuk menambah jaringan sebelum Silva menjaringk­an gol kemenangan pada lewat permainan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEJUTAN BESAR: Becao (tengah) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan menentang Real di Stadium Luzhniki, Moscow Rabu lepas.
— Gambar AFP KEJUTAN BESAR: Becao (tengah) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan menentang Real di Stadium Luzhniki, Moscow Rabu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? PENYELAMAT: Silva melepaskan rembatan kencang sebelum menjaringk­an gol pada lewat permainan pada perlawanan di Rhein- Neckar- Arena, Sinsheim Rabu lepas.
— Gambar AFP PENYELAMAT: Silva melepaskan rembatan kencang sebelum menjaringk­an gol pada lewat permainan pada perlawanan di Rhein- Neckar- Arena, Sinsheim Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia