Utusan Borneo (Sarawak)

CSKA kejutkan Real 1-0 di Moscow

-

MOSCOW, Rusia: Kesilapan Toni Kroos terbukti membawa padah apabila ketumpulan jentera serangan Real Madrid tidak berkesudah­an apabila tewas mengejut 0-1 kepada CSKA Moscow dalam aksi Liga Juara-Juara Selasa lepas.

Gareth Bale dan Sergio Ramos antara pemain utama yang tidak diturunkan pada perlawanan di Stadium Luzhniki tetapi kesilapan Kroos melakukan tolakan lemah ke belakang membolehka­n Nikola Vlasic, meletakkan CSKA di hadapan seawal 68 saat selepas sepak mula permainan.

Madrid berusaha mencari gol penyamaan tetapi dengan tiga peluang terkena palang, tuah ternyata tidak memihak kepada mereka selepas CSKA bertahan dengan cukup kental.

Real Madrid, juara bertahan kejohanan itu, sekarang sudah gagal menjaringk­an sebarang gol dalam tiga perlawanan berturut-turut dalam semua pertanding­an.

Penjaga gol CSKA, Igor Akinfeev, dibuang padang pada minit kecederaan selepas menerima kad kuning kedua perlawanan tetapi ia tidak mencemari kemenangan bersejarah mereka sekali gus melonjak tempat di hadapan Madrid dalam Kumpulan G.

Skuad kendalian Julen Lopetegui jelas kekurangan ‘percikan’, kelancaran dan kelebihan di jentera serangan. Mereka ternyata merindui ketiadaan Bale, Isco dan mungkin bekas penyerang, Cristiano Ronaldo.

“Gol datang apabila anda terus mencipta peluang dan percaya anda akan lebih tepat melakukan rembatan,” kata Lopetegui.

“Itu sahaja yang dapat kami lakukan. Saya pasti kami akan menjaringk­an gol nanti dan kembali mencipta kemenangan.”

Beberapa perubahan dalam skuad terpaksa dilakukan dengan Isco dan Marcelo mengalami kecederaan tetapi Bale dan Ramos tidak langsung bersama skuad ke Rusia untuk diberikan rehat tambahan sementara Luka Modric bermula di bangku simpanan.

Keylos Navas diturunkan di pintu gol untuk menerusi polisi Lopetegui seorang penjaga gol dalam liga dan yang lain dalam bola sepak Eropah.

Ketiadaan nama-nama be- sar bermakna pemain muda, termasuk penampilan sulung Sergio Reguilon di posisi pertahanan kiri.

Dani Ceballos juga bermula dalam kesebelasa­n utama sementara pemain baharu, Alvaro Odriozola juga membuat penampilan sulung di Eropah selepas Dani Carvajal mengalami kecederaan.

“Carvajal kelihatan mengalami kecederaan kecil di bahagian betis, kami perlu menunggu untuk pemeriksaa­n lanjut,” kata Lopetegui. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia