Utusan Borneo (Sarawak)

Arah Bottas benarkan Hamilton memintas ketika mendahului perlumbaan di Grand Prix Rusia

-

TOKYO, Jepun: Lewis Hamilton akan cuba mengekalka­n rentak cemerlang di Grand Prix Jepun hujung minggu ini selepas kemenangan kontrovers­i di Rusia minggu lepas.

Tetapi pendahulu keseluruha­n kategori pemandu Formula Satu (F1) itu kelihatan mempunyai tugas sukar dengan enggan mengesahka­n sama ada beliau akan terus kekal di Mercedes selepas kontrak semasa berakhir pada 2020.

Hamilton ‘dibenarkan’ memenangi perlumbaan ke-70 dalam kariernya di Rusia apabila rakan sepasukan, Valtteri Bottas, diarahkan untuk memberi ruang kepada Hamilton ketika mendahului perlumbaan – dengan Hamilton menggambar­kan situasi itu sebagai “hari paling pelik” dalam kariernya.

Hamilton, yang kini memiliki kelebihan 50 mata dari pencabar terdekat, Sebastian Vettel dari pasukan Ferrari dan dengan berbaki lima perlumbaan sahaja lagi

Saya lebih suka menjadi orang jahat berbanding orang bodoh pada akhir tahun. Toto Wolff Pengurus Mercedes

musim ini, pastinya mahu membuktika­n bahawa beliau sendiri boleh menang di Litar Suzuka di sini dan mengesahka­n kejuaraan dunia buat kali kelima.

Vettel melihat keputusan oleh Mercedes dengan ‘ mengorbank­an’ Bottas satu kemenangan dan ‘meningkatk­an’ peluang Hamilton memenangi kejuaraan dunia sebagai bukan ‘sesuatu yang pelik’.

Hamilton, dengan kemenangan kelapan musim ini dan ketiga berturuttu­rut, membangkit­kan perdebatan baharu ten- tang ranking dalam pasukan dengan peminat menyuaraka­n kemarahan mereka dalam media sosial.

Walaupun dengan kritikan itu, pengurus Mercedes, Toto Wolff menegaskan beliau tidak berasa kesal dengan keputusan mengarahka­n Bottas membenarka­n Hamilton memintasny­a.

“Saya lebih suka menjadi orang jahat berbanding orang bodoh pada akhir tahun,” kata Wolff. “Ia secara rasionalny­a keputusan tepat.”

Wolff menjangkak­an Hamilton, yang menang kali keempat di Jepun tahun lepas, terus mengekalka­n penguasaan­nya hujung minggu ini.

“Lewis bersemanga­t, fokus dan sangat serius untuk berjaya,” kata beliau. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CERIA: Hamilton menjulang trofi kejuaraan ketika meraikan kejayaanny­a menjuarai Grand Prix Jepun di Litar Suzuka, Jepun pada 8 Oktober lepas.
— Gambar AFP CERIA: Hamilton menjulang trofi kejuaraan ketika meraikan kejayaanny­a menjuarai Grand Prix Jepun di Litar Suzuka, Jepun pada 8 Oktober lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia