Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad bola sepak wanita New Zealand akhirnya memperoleh­i permohonan maaf

-

WELLINGTON, New Zealand: Persatuan Bola Sepak New Zealand (NZF) memohon maaf secara rasmi kepada pasukan bola sepak wanita semalam kerana gagal menghalang pembulian, gangguan dan peras ugut oleh bekas jurulatih mereka.

Satu penilaian bebas mendapati dakwaan terhadap jurulatih, Andreas Heraf dari Austria, adalah “kebanyakan­nya disahkan” tetapi NZF tidak bertindak apabila pemain menyuaraka­n kebimbanga­n.

Presiden NZF, Deryck Shaw memohon maaf kepada pemain terlibat dan berjanji satu perubahan drastik dalam organisasi­nya.

“Kami meminta maaf kepada pemain kami di atas tingkah laku bekas ketua jurulatih dan kegagalan dalam organisasi yang membawa kepada penilaian ini,” kata beliau.

“Kami sangat bersimpati dan sedih dengan apa yang berlaku dan kemurungan kerananya.”

Heraf meletak jawatan pada bulan Julai, beberapa minggu selepas ia dide- dahkan di mana 13 pemain tidak mahu lagi bermain di bawah bimbingan beliau dan ada mengadu tentang tingkah lakunya.

Ketua Eksekutif NZF ketika itu, Andy Martin, pada awalnya menyokong Heraf dan kemudian berkata beliau “terkejut” untuk menerima aduan bertulis daripada pemain.

Beliau juga melepaskan jawatan ekoran skandal itu dan berkata beliau mahu menghabisk­an lebih banyak masa bersama keluargany­a.

Peguam pekerjaan, Phil- lipa Muir, menjalanka­n satu penilaian dalam isu itu, menemu bual 80 orang termasuk 12 pemain.

“Ketika saya menerima beberapa tindakan Heraf boleh dikategori­kan sebagai kejurulati­han keras, tingkah laku lain melampaui batas sehingga dikategori­kan sebagai membuli dan mengganggu,” kata beliau.

Muir juga menjelaska­n tiada wanita berada dalam kepimpinan tertinggi NZF dan berkata ia memerlukan jurulatih wanita untuk turut berada dalam pengurusan pasukan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia