Utusan Borneo (Sarawak)

GSTC bekerjasam­a dengan MTS Itali untuk Program Juruteknik Sukan Permotoran

-

PORT DICKSON: Pusat Kemahiran Perindustr­ian Jerman (GSTC) dan Sekolah Teknik Sukan Permotoran Itali (MTS Itali) menawarkan peluang kepada penuntut-penuntut muda untuk menyertai Program Juruteknik Sukan Permotoran GP di Itali, bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif GSTC K. Kanagesan berkata program itu adalah untuk memberikan pendedahan mengenai kerjaya sebagai juruteknik sukan permotoran GP kepada penuntut dan lepasan kolej vokasional, kolej komuniti, politeknik dan Institut Kemahiran Belia Negara di Malaysia dan meningkatk­an penglibata­n mereka dalam sektor automotif

Sebagaiman­a yang dapat dilihat dalam Sukan Permotoran GP di Malaysia dan global, tiada juruteknik Malaysia bekerja di sana, kata beliau.

“adi saya mahu mereka mendapat pendedahan dalam pembelajar­an mengenai sukan permotoran dan membuat persiapan dan latihan di GSTC Seremban untuk selama empat bulan dan 12 peserta terpilih akan meneruskan latihan perindustr­ian mereka di Monza, Itali selama setahun.

Ini adalah peluang keemasan kepada calon dari Malaysia untuk meningkatk­an kemahiran mereka dalam Sukan Permotoran GP dan juga membawa negara ke peringkat global. Tidak dinafikan kerjaya ini boleh membawa mereka ke peringkat seterusnya jika teknik dan prestasi mereka adalah baik, mereka akan mampu bekerja di pasaran global,” katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian program Laluan Kerjaya Juruteknik Sukan Permotoran GP, di sini semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia