Utusan Borneo (Sarawak)

Limbang bakal punyai gelanggang petanque bertaraf antarabang­sa

-

LIMBANG: Limbang bakal mempunyai gelanggang sukan petanque bertaraf antarabang­sa yang kini dalam proses pembinaan berhampira­n Dewan Suarah Limbang.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kemudahan sukan bernilai kira-kira RM250,000 itu mampu melahirkan lebih ramai pemain berbakat dalam sukan petanque di negeri ini.

“Bahagian lain di Sarawak perlu mencontohi Limbang dalam menyediaka­n banyak prasarana sukan termasuk membina gelanggang sukan petanque,” ujarnya pada majlis penutupan Pertanding­an Petanque MAKSAK Sarawak antara bahagian di Arena Petanque Limbang, barubaru ini.

Turut hadir ialah Setiausaha MAKSAK Bahagian Limbang Awangku Mohd Shahrizan Mainizan Awgku Mahidin dan Pengerusi Pesatuan Petanque Limbang Jefri Mail.

Sebanyak 11 bahagian di Sarawak menyertai kejohanan itu.

ADUN Bukit Kota itu berkata, gelanggang petanque itu akan dilengkapi dengan kemudahan lain termasuk lampu dan bumbung bagi membolehka­n peminat dan penggiat sukan tersebut memanfaatk­an kemudahan berkenaan.

“Dengan adanya prasarana sukan petanque ini, ia beperanan sebagai pusat sukan yang standard serta lengkap untuk kemudahan pemain-pemain dan penggiat sukan ini di Sarawak,” katanya.

Justeru, beliau mahu kemudahan sukan itu dimanfaatk­an sebaiknya oleh peminat petanque dan diselengga­ra untuk mengelakka­nnya menjadi projek ‘gajah putih.’

Katanya, sukan petanque kini semakin diminati pelbagai lapisan umur selain membudayak­an gaya hidup sihat serta mengelak terjebak dengan aktiviti tidak berfaedah.

“Kita optimis dengan adanya kemudahan sukan ini, ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan bintang petanque yang akan mewakili daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan pada masa akan datang,” katanya lagi.

Beliau berkata, selain prasarana sukan, kerajaan juga akan terus memperjuan­gkan hasrat untuk membina dan melaksana lebih banyak pelbagai kemudahan melibatkan prasarana asas, bekalan air dan elektrik.

 ??  ?? KENANGAN BERSAMA: Dr Abdul Rahman dan jawatankua­sa penganjur bersama para peserta Pertanding­an Petanque MAKSAK Sarawak di Arena Petanque Limbang baru-baru ini.
KENANGAN BERSAMA: Dr Abdul Rahman dan jawatankua­sa penganjur bersama para peserta Pertanding­an Petanque MAKSAK Sarawak di Arena Petanque Limbang baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia