Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka tingkat kualiti pemulihara­an tapak warisan dunia UNESCO

-

KERAJAAN Melaka komited dalam meningkatk­an kualiti penjagaan dan pemulihara­an Tapak Warisan Dunia UNESCO agar negeri tersebut terus kekal sebagai suri teladan bukan sahaja bagi negeri lain, bahkan untuk luar negara.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata usaha berterusan dalam memelihara warisan di negeri ini amat penting kerana selain mempunyai nilai estetika, ia merupakan pelaburan yang baik dan menjadi daya tarikan pelancong.

“Kita sambut baik negeri dan negara luar menjadikan Melaka sebagai ‘role model’ bagi negeri bersejarah dan kita sedia berkongsi ilmu pengurusan sektor pelanconga­n dan pemulihara­an Tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Melaka turut mengambil pengalaman daripada Pulau Pinang, bagi kita perkongsia­n ini cukup penting kerana masingmasi­ng mempunyai inisiatif tersendiri untuk menjaga nilai warisan,” katanya kepada pemberita selepas melawat calon ujian Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil di Melaka, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka Mohd Rashid Mohd Sidek dan Pengetua SMK Bukit Katil Abdullah Othman.

Melaka dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bersama George Town di Pulau Pinang semasa Persidanga­n ke-32 Jawatankua­sa Warisan Dunia di Quebec, Kanada pada 7 Julai 2008.

September lepas, dalam pertemuan antara Exco Pelanconga­n, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Muhamad Jailani Khamis dan Deputi Gabenor Provinsi Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta, Bidang Budaya dan Pariwisata, Agus Suradika di Indonesia, pihak negara berkenaan memohon kerjasama Melaka bagi berkongsi inisiatif untuk memulihara tapak bersejarah. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia