Utusan Borneo (Sarawak)

Promosi secara digital untuk tingkatkan pelanconga­n Perak

-

PERTUBUHAN Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memilih George Town untuk menyertai dua projek warisan perintis.

Ketua Unit Kebudayaan Pejabat UNESCO di Jakarta, Moe Chiba, berkata projek perintis pertama akan memberi fokus terhadap urusan penyediaan inventori berkaitan warisan budaya tak ketara melalui penyertaan masyarakat dan George Town merupakan satu-satunya bandar raya di Asia yang dipilih menyertai projek berkenaan.

“Pendekatan­nya melibatkan penyertaan masyarakat setempat dalam menyediaka­n inventori berkenaan. Ia tidak akan diterajui ahli akademik, tetapi merupakan inisiatif diterajui masyarakat sendiri. Kami melaksanak­annya di George Town di samping dua bandar raya lain, satu di Afrika dan satu lagi di Amerika Latin.

“Inventori perlu dibuat di peringkat tempatan kerana pada akhirnya nanti, masyarakat, pemegang kepentinga­n akan berasa komited untuk meneruskan amalan itu,” katanya pada sidang media selepas perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Pengurusan Warisan Budaya Bandar (MUCH) 2018 oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, di George Town, Isnin.

Beliau berkata, dengan cara itu, masyarakat akan dapat menceritak­an kisah mereka sendiri kepada orang ramai serta memberi fokus terhadap perkara yang mereka anggap penting.

Menurut Chiba, projek kedua pula akan memberi tumpuan tentang cara untuk membangunk­an industri tempatan di tapak warisan dunia melalui penglibata­n semua pihak berkenaan dalam usaha menyediaka­n pelan tindakan.

“Kami sedang memulakan projek ini yang bertujuan menghimpun­kan semua pihak berkaitan, muzium, pusat industri kreatif, tukang tempatan, pengamal warisan dan pengurus tapak untuk sama-sama menyediaka­n pelan tindakan bagi mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera di bandar raya warisan,” katanya.

Chiba berkata George Town dipilih menyertai projek itu kerana bandar raya ini mempunyai potensi untuk menjadikan­nya berjaya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Chow berkata kerajaan negeri akan berusaha memajukan sektor industri kreatif bagi merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi serta mewujudkan pekerjaan serta pendapatan untuk isi rumah melaui projek dan kerjasama yang diadakan.

“Kami tahu ia akan merintis jalan ke arah terbentukn­ya interaksi antara penerokaan bersifat tradisiona­l, kontempora­ri dan baharu dalam bidang warisan budaya, sekali gus menghasilk­an jenama ‘Made in George Town’ yang unggul, berserta produk pelanconga­n warisan berkualiti tinggi yang akan menjana pendapatan serta menambah baik kehidupan masyarakat tempatan,” katanya.

Persidanga­n empat hari itu menampilka­n 37 penceramah dan moderator dari 15 negara yang akan berkongsi inisiatif mereka tentang pengurusan warisan bandar, membincang­kan perkara berkaitan pendekatan pengurusan warisan dan strategi inovatif serta terlibat dengan perbincang­an bersifat konstrukti­f tentang cabaran dan peluang dalam pengurusan warisan budaya dengan lebih 100 peserta. — Bernama KERAJAAN negeri Perak akan menggunaka­n platform digital bagi mempromosi hala tuju sektor pelanconga­n serta mengangkat seni budaya dan warisan di negeri ini.

Exco Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata usaha itu dipersetuj­ui oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negeri semalam dan Kuala Kangsar dipilih sebagai lokasi bagi pilot projek.

“Kita bawa penyedia digital ke sini (syarikat Lokalocal) yang akan membekalka­n maklumat melalui publisiti, video, foto dan pengisian produk untuk dipromosi dalam pelbagai media antarabang­sa seperti Singapura dan Taiwan serta syarikat Penerbanga­n Malaysia (MAS),” katanya pada sidang media di Kem Lang Buana di Kampung Jawang dekat Karai di Kuala Kangsa, kelmarin.

Tan berkata 85 peratus pelancong asing melayari laman web syarikat Lokalocal yang diyakini dapat mengangkat seni dan budaya setempat.

Menurut beliau Perak mempunyai banyak tempat menarik dengan keunikan tersendiri seperti di Taiping, Ipoh dan Kampar yang mempunyai tarikan kepada pelancong.

Dalam pada itu, Tan berkata pihaknya mahu usaha menaik taraf muzium aerkologi Lenggong yang sedang dipercepat­kan kerana Lenggong adalah tapak warisan dunia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERBUAL: Chow (tengah) berbual dengan Moe (kanan) pada majlis perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Pengurusan Warisan Budaya Bandar 2018 di George Town.
— Gambar Bernama BERBUAL: Chow (tengah) berbual dengan Moe (kanan) pada majlis perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Pengurusan Warisan Budaya Bandar 2018 di George Town.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Chow berucap pada majlis perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Pengurusan Warisan Budaya Bandar 2018 di George Town.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Chow berucap pada majlis perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Pengurusan Warisan Budaya Bandar 2018 di George Town.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia