Utusan Borneo (Sarawak)

Pembukaan semula Gopeng Heritage House tarikan baharu pelancong

-

PEMBUKAAN semula Gopeng Heritage House di Gopeng menjadi titik permulaan dalam menjadikan Gopeng destinasi pelanconga­n menarik di Perak, kata Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye.

Dr Lee yang juga Timbalan Menteri Kesihatan yakin keunikan Gopeng Heritage House mampu menambat hati pelancong untuk datang ke pekan bersejarah itu sekali gus meneroka destinasi menarik yang ada di kawasan tersebut.

“Gopeng Heritage House pernah dirasmikan oleh Tan Sri Dr Ng Yen Yen pada 2011 dan dengan pembukaan semula saya yakin ia akan melonjakka­n tempat ini sebagai destinasi pelanconga­n.

“Apa yang penting kita mahu kembalikan zaman kegemilang­an Gopeng yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai kawasan perlombong­an dan kini sebagai kawasan pelanconga­n,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan kedua Gopeng Heritage House di Gopeng, baru-baru ini.

Dr Lee berkata Gopeng mempunyai pelbagai lokasi istimewa untuk dilawati termasuk dari segi ekopelanco­ngan, ‘adventure tourism’, makanan dan pelbagai kawasan bersejarah.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Sandrea Ng Shy Ching berkata Pusat Khidmat ADUN dan Parlimen akan terus mempergiat usaha serta gerakan bagi menarik lebih ramai pelancong ke kawasan itu.

Katanya ini termasuk melatih anak tempatan menjadi pemandu pelancong terlatih agar mampu memberikan lawatan berpandu kepada pelancong untuk melawat tempat penting dan bersejarah di Gopeng.

“Kita lihat pelanconga­n di Gopeng berpotensi untuk berkembang kerana kawasan ini ada kelebihann­ya dari segi kedudukan yang strategik iaitu bersebelah­an dengan Ipoh dan mempunyai akses lebuh raya.

“Ditambah dengan usaha kerajaan negeri membawa penerbanga­n terus dari Bangkok, Thailand ke Ipoh bermula tahun depan serta akan datang dijangkaka­n China ke Ipoh jadi ini sebagai satu persiapan untuk kita menambah baik perkhidmat­an pelanconga­n di sini,” katanya.

Gopeng Heritage House merupakan muzium mini yang diuruskan secara persendiri­an oleh Wong Yew Seng, 22, mempamerka­n barangan dan koleksi antik dari era perlombong­an kira-kira 100 tahun lalu sehingga tahun 1960-an.

Terletak kira-kira 18 kilometer dari Ipoh, Gopeng Heritage House dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 4 petang dan bayaran masuk antara RM3 dan RM5. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAMU SELERA: Pengunjung mengambil peluang untuk menikmati makanan di restoran warisan muzium pada pembukaan semula Heritage House di Pekan Gopeng.
— Gambar Bernama JAMU SELERA: Pengunjung mengambil peluang untuk menikmati makanan di restoran warisan muzium pada pembukaan semula Heritage House di Pekan Gopeng.
 ?? — Gambar Bernama ?? TARIKAN BAHARU: Lee (tengah) merasmikan pembukaan semula Heritage House di Pekan Gopeng.
— Gambar Bernama TARIKAN BAHARU: Lee (tengah) merasmikan pembukaan semula Heritage House di Pekan Gopeng.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERDANDAN: Leh melihat wajahnya di ruang solekan warisan yang dipamerkan di ruang barangan warisan muzium pada pembukaan semula Heritage House di Pekan Gopeng.
— Gambar Bernama BERDANDAN: Leh melihat wajahnya di ruang solekan warisan yang dipamerkan di ruang barangan warisan muzium pada pembukaan semula Heritage House di Pekan Gopeng.
 ?? — Gambar Bernama ?? UNIK: Phoon mengambil peluang untuk menggunaka­n mesin cetak warisan yang dipamerkan di ruang barangan warisan muzium pada pembukaan semula Heritage House di Pekan Gopeng.
— Gambar Bernama UNIK: Phoon mengambil peluang untuk menggunaka­n mesin cetak warisan yang dipamerkan di ruang barangan warisan muzium pada pembukaan semula Heritage House di Pekan Gopeng.
 ?? — Gambar Bernama ?? KHAZANAH: Pengunjung mengambil peluang untuk melihat barangan dapur warisan yang dipamerkan di ruang barangan warisan muzium pada pembukaan semula Heritage House di Pekan Gopeng.
— Gambar Bernama KHAZANAH: Pengunjung mengambil peluang untuk melihat barangan dapur warisan yang dipamerkan di ruang barangan warisan muzium pada pembukaan semula Heritage House di Pekan Gopeng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia