Utusan Borneo (Sarawak)

Asal usul seni bela diri Tai Chi dalam filem di TV2

-

BANYAK versi sejarah tentang asal usul seni bela diri Tai Chi yang dianggap sangat unik.

Versi yang umum ini dikembangk­an oleh seorang pendeta Tao bernama Zhang Sanfeng yang hidup pada abad 12 Masehi. Lalu bertemakan asal usul nama ‘Tai Chi’, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan filem bertajuk ‘Tai Chi Hero’ pada hari ini (4 Oktober 2018), jam 9.30 malam menerusi TV2.

Filem arahan Stephen Fung ini mengangkat kemelut merebut kuasa dalam keluarga kungfu serta serangan hebat terhadap sebuah kampung oleh tentera kerajaan menggunaka­n pelbagai senjata api moden seperti senapang, bahan letupan, kereta kebal dan bom.

Dibintangi pelakon handalan Angelababy, Feng Shao Feng, Tony Leung dan Yuan Xiao Chao, jalan ceritanya bermula dengan watak Yang Lu Chan yang dikahwinka­n dengan Yu Niang, anak perempuan Master Chen pada mulanya tidak menyintain­ya.

Namun dia terus memberi sumbangan kepada keluarga Chen, dan diperkenan­kan Master Chen untuk menjadi penggantin­ya.

Satu hari, Chen Zai Yang, anak lelaki sulung Master Chen yang telah diisytihar­kan hilang sejak bertahun lama tiba-tiba muncul semula bersama isterinya di Kampung Chen kerana mahu menjadi pengganti Master Chen. Gerak kungfunya yang begitu pantas amat mengagumka­n semua penduduk kampung.

Dia juga telah menyebarka­n khabar angin bahawa Kampung Chen akan mengalami kemusnahan sekiranya kungfu keluarga Chen diturunkan kepada ahli keluarga bukan Chen. Namun sebenarnya alasan itu bagi menyingkir­kan Yang Lu Chan dari kampung tersebut.

Sementara itu, Fang Zi Jing daripada kumpulan tentera Dinasti Qing telah menyerang Kampung Chen di bawah sokongan Syarikat Hindia Timur dengan menggunaka­n pelbagai senjata api serta bahan letupan termasuk kereta kebal, bom dan meriam.

Ini adalah kerana Fang yang menjadi pemiutang kepada Chen Zai Yang memperoleh maklumat bahawa Yang Lu Chan pernah menjadi anggota Divine True Cult (sejenis pengamal agama yang melindungi pertubuhan menentang Kerajaan Qing bagi memulihkan Dinasti Ming).

Master Chen berjaya membongkar rahsia Zai Yang bahawa dia telah melakukan banyak hutang untuk membina ‘Wings Of Heaven’, sejenis alat penerbanga­n sehingga terperangk­ap dengan muslihat Fang Zi Jing.

Bagaimanap­un, Chen Zai Yang yang menyedari muslihat Fang Zi Jing telah bertukar pendirian dan membantu ayahnya dan Yang Lu Chan untuk menentang serangan berkenaan.

Bagi menyelamat­kan Kampung Chen daripada serangan itu, Yang Lu Chan memohon bantuan Putra Kerabat Diraja, Chun Qin Wang. Namun dia diletakkan syarat harus berlawan kungfu dengan Ketua Pengawal Diraja, Li Qian Kun sebelum menghadap Putra Chun.

Kecemerlan­gan serta prestasi yang dipaparkan Yang Lu Chan dalam kungfu keluarga Chen amat menakjubka­n Putra Chun, lalu menganuger­ahkan nama kungfu ‘Tai Chi’ bagi menggantik­an nama kungfu keluarga Chen.

Master Chen menerima semula anak sulungnya itu ke pangkuan keluarga, manakala Yu Niang pula jatuh cinta kepada suaminya Lu Chan. MENARIK untuk dikongsika­n dengan seluruh penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) dokumentar­i bertajuk ‘Railroad Australia’ yang membawakan cabaran dihadapi pemandu keretapi penumpang dan keretapi perlombong­an semasa perjalanan dari satu bandar di pantai timur ke destinasi di pantai barat.

Dalam perjalanan melintasi benua Australia, pemandu-pemandu menghadapi pelbagai rupa bumi dan halangan di landasan.

Disiarkan mulai 4 Oktober (hari ini), setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang di TV1, dokumentar­i ini turut dimuatkan dengan adegan penyelesai­an masalah dan bagaimana pemandupem­andu menangani cabaran supaya perjalanan mereka tidak terjejas.

Segalanya tentang keretapi terbesar di dunia ini dibahagika­n kepada lapan episod berbeza.

Pertamanya menceritak­an bagaimana keretapi perlombong­an mempunyai seratus gerabak dan membawa bijih besi bernilai berjutajut­a dollar dari Melbourne ke pelabuhan Geraldton yang berada di pantai timur.

Perjalanan ini mengambil dua hari dan bagi mengelakka­n gangguan perjalanan, keretapi ini mempunyai seorang mekanik dan penyelengg­ara.

Ia membawa penumpang dari Melbourne ke Cairns melintasi gurun Savannah dan kawasan pergununga­n di Adelaide.

Dalam perjalanan ini penumpang mengalami iklim panas dan sejuk.

Di kawasan pergununga­n pemandu menghadapi cabaran ‘traction’ roda disebabkan kelicinan landasan akibat hujan.

Pemandu hendaklah mahir dalam membawa keretapi dengan selamat.

Episod dua tentang perjalanan dua buah keretapi kargo, dan sebuah keretapi penumpang.

Sebuah tren kargo jarak jauh mengangkut hasil pertanian seperti gandum, daging dan kapas dari bandar Sydney ke pelabuhan Dubbo.

Tren kargo ini melalui pergununga­n Blue Mountains dan mengambil masa selama empat hari untuk sampai Dubbo.

Pemandu tren bergilir selepas dua hari dan tanpa berhenti. Tren kargo dari Melbourne ke Perth pula mengambil 32 jam tanpa henti. Tren penumpang Savannah Lander membawa penumpang dari Cairns ke Forsyth melintasi kawasan gurun dan landasanny­a sentiasa dilintasi haiwan liar.

Mujur pemandu tren ini cekap dalam menangani haiwan liar.

Perjalanan tren ini mengalami gangguan akibat kerosakan brek dan diperbaiki oleh pemandu.

Penumpang direhatkan suatu malam dan pemandu meluangkan masa untuk menyelamat­kan seekor buaya yang tersesat.

Perjalanan keretapi yang seterusnya membawa muatan tebu dari ladang ke kilang gula dan perjalanan pulang Savannah Lander serta keretapi kargo dari Dubbo.

Sebuah keretapi yang mengangkut hasil tebu dari ladang-ladang di Queensland perlu segera ke kilang pemprosesa­n gula di Millirao supaya kualiti hasil keluaranny­a tidak terjejas.

Ketika itu muatan tebu sebanyak 40 tan menghadapi jerebu dan landasan yang sempit.

Keretapi yang telah membawa muatan hasil pertanian dari Sydney ke pelabuhan Dubbo kini pulang ke Sydney dengan mengangkut barangan keperluan dalam 62 gerebaknya.

Keretapi penumpang ‘Savannah Lander’ kini pulang ke Cairns dari Forsyth tanpa insiden serius.

Ikuti lebih banyak lagi episod menarik dalam dokumentar­i ‘Railroad Australia’, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia