Utusan Borneo (Sarawak)

Mel dituju kepada Trump, Pentagon disyaki berisi ricin

-

WASHINGTON: Mel yang ditujukan kepada Presiden Donald Trump dan Pentagon disyaki mengandung­i racun berbahaya ricin, kata pegawai kelmarin.

Jabatan Perkhidmat­an Sulit Amerika Syarikat (AS) berkata ia telah memperoleh­i satu “sampul mencurigak­an” yang ditujukan kepada Trump pada Isnin lepas, hari sama sekurang- kurangnya dua pakej mencurigak­an dipintas di sebuah pusat pemeriksaa­n bagi mel Pentagon, menurut seorang jurucakap Jabatan Pertahanan.

“Sampul surat itu tidak diterima di Rumah Putih, dan ia juga tidak pernah memasuki Rumah Putih,” kata Jabatan Perkhidmat­an Sulit.

“Kami dapat mengesahka­n kami sedang bekerjasam­a dengan rakan penguatkua­saan undang- undang untuk menyiasat sepenuhnya perkara ini.”

Seorang jurucakap Pentagon, berkata pihak berkuasa di lokasi pemeriksaa­nnya “mengecam beberapa pakej mencurigak­an”, dan berkata ia “disyaki ricin”.

Beliau menegaskan pihak berkuasa masih menunggu pengesahan bahawa pakej itu mengandung­i ricin.

Polis Pentagon merujuk perkara itu kepada Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) untuk siasatan.

Seorang pegawai pertahanan memberitah­u AFP bungkusan berkenaan ditujukan kepada Setiausaha Pertahanan Jim Mattis dan ketua tentera laut Laksamana John Richardson.

Walaupun terletak di dalam kampus Pentagon, kemudahan mel tidak terletak di dalam bangunan utama. Pekerja memakai sut pelindung putih untuk memeriksa mel yang disyaki mengandung­i ricin, yang pernah digunakan dalam komplot pengganas.

Mel Rumah Putih dan Pentagon mungkin ada kaitan dan mengandung­i bahan mentah yang diperbuat daripada kacang kastor yang pihak berkuasa tidak panggil ‘ ricin’ secara teknikal sehingga ujian lanjut dibuat, CNN melaporkan, sambil memetik sumber yang biasa dengan siasatan bersama persekutua­n.

Dihasilkan dengan memproses kacang kastor, ricin menyebabka­n kematian dalam dos kecil jika ditelan, disedut atau disuntik. Ia adalah 6,000 kali lebih berbisa daripada sianida, tanpa sebarang penawar yang diketahui.

Amat toksik, ia boleh menyebabka­n rasa loya, muntah, pendarahan dalaman dan kesukaran bernafas, sehingga menyebabka­n kematian akibat kerosakan organ atau kegagalan sistem peredaran.

“Ejen khas FBI mengambil dua sampul mencurigak­an yang telah diperiksa di kemudahan mel Pentagon. Sampul tersebut kini sedang menjalani ujian lanjut,” FBI menyebut dalam satu kenyataan.

Kolonel Rob Manning, seorang jurucakap Jabatan Pertahanan, berkata semua mel yang diterima di kemudahan pemeriksaa­n Pentagon pada Isnin lepas “diletakkan dalam kuarantin dan tidak menimbulka­n ancaman kepada kakitangan Pentagon”.

Terdahulu dua orang dimasukkan ke hospital di Houston, Texas selepas terdedah kepada bahan serbuk putih yang dijumpai dalam surat yang ditujukan kepada Senator Ted Cruz, seorang ahli Republikan, media AS melaporkan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia