Utusan Borneo (Sarawak)

Aktres China diarah bayar cukai, denda AS$129 juta

-

BEIJING: Bintang China Fan Bingbing telah diarahkan untuk membayar cukai dan denda berjumlah AS$129 juta (RM516 juta), kata media kerajaan semalam, beberapa bulan selepas selebriti yang dahulu kelihatan di merata-rata tempat menghilang­kan diri daripada khalayak ramai.

Aktres, model dan penerbit berusia 36 tahun itu sudah bertahun- tahun menjadi nama yang dikenali ramai di China dan mengecapi kejayaan di Hollywood dengan satu watak dalam filem blockbuste­r pada 2014 ‘X-Men: Days of Future Past’.

Namun kehadirann­ya yang dahulu aktif dalam media sosial menjadi senyap pada Mei lalu selepas dakwaan dibuat bahawa dia telah mengelak cukai dalam satu penggambar­an filem yang lumayan, tuduhan yang dianggap sebagai “fitnah” oleh studionya.

Sejak itu dia tidak pernah kelihatan di khalayak ramai.

Pihak berkuasa percukaian China kini memutuskan Fan dan syarikat yang dikuasainy­a gagal untuk membayar cukai sebanyak puluhan juta dolar, agensi berita rasmi Xinhua melaporkan semalam.

Laporan itu menyebut Fan perlu membayar jumlah sebanyak 883 juta yuan bagi cukai tertunggak, denda dan penalti, dan menambah dia akan mengelak pendakwaan jenayah selagi dia mematuhi jadual pembayaran balik.

Sekurang- kurangnya seorang lagi individu yang dibabitkan dalam siasatan itu telah ditahan untuk siasatan lanjut berhubung dengan tindakan menyembuny­ikan dan “sengaja memusnahka­n” dokumen perakaunan, tambah Xinhua tanpa memaklumka­n identiti individu tersebut.

Selepas siasatan ke atas Fan, pihak berkuasa telah mengumumka­n operasi yang lebih umum ke atas industri hiburan, kata Xinhua.

Pesalah ditawarkan pengampuna­n sehingga 31 Disember untuk membayar sebarang cukai yang tertunggak.

Masalah Fan bermula pada Mei lalu sejurus selepas dia muncul di atas hamparan merah di Festival Filem Cannes apabila seorang bekas pengacara bagi China Central Television (CCTV) yang dimiliki kerajaan memaparkan kontrak yang dikatakan bagi satu penggambar­an filem.

Dokumen itu membayangk­an Fan secara rasmi dibayar 10 juta yuan (RM5.8 juta) bagi satu projek dan pada waktu yang sama menerima secara tidak rasmi tambahan 50 juta yuan lagi – semuanya untuk kerja selama empat hari sahaja.

Aturan bagi apa yang dipanggil dua kontrak “yin dan yang” itu – dengan satu kontrak untuk pendapatan yang diisytihar­kan kepada pihak berkuasa percukaian manakala satu lagi dirahsiaka­n – dilaporkan digunakan di China untuk mengelak cukai.

Selepas dokumen kontrak itu menjadi tular, pentadbira­n percukaian negara mengumumka­n ia sudah mengarahka­n pihak berkuasa di wilayah timur Jiangsu untuk menyiasat dakwaan tentang penggunaan dua kontrak sedemikian dalam industri hiburan.

Nama Fan tidak disebut tetapi dia memiliki perniagaan yang didaftarka­n di Jiangsu.

Pada tahun lepas, Fan menduduki tempat teratas dalam senarai selebriti dengan pendapatan tertinggi majalah Forbes di China dengan pendapatan sebanyak 300 juta yuan (RM172 juta). — AFP

 ??  ?? FAN BINGBING
FAN BINGBING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia