Utusan Borneo (Sarawak)

Bot kecil karam di Guinea-Bissau, 60 pendatang dikhuatiri lemas

-

BISSAU: Sebuah bot kecil yang membawa pendatang telah terbalik dan karam di perairan Guinea-Bissau, kata seorang pegawai pelabuhan, dan menambah bot itu mungkin telah membawa lebih 60 orang ketika ia memulakan pelayaran.

Komander Siga Batista berkata ‘pirogue’ itu, sebuah bot nelayan kayu yang tidak lebar, karam pada malam kelmarin di perairan negara mundur di Afrika Barat itu, yang mempunyai kawasan pantai sepanjang 200 kilometer dan tiada kapal peronda untuk menyelamat­kan nyawa di samudera raya.

“Sebuah bot ‘pirogue’ yang membawa muatan berlebihan, mengangkut pendatang haram, karam di perairan kami,” kata Batista kepada AFP menerusi telefon, dan menambah jabatan pengawasan perikanan telah memaklumka­nnya tentang bencana itu.

“Kita tidak tahu berapa ramai orang berada di atas bot itu ketika ia karam, mahupun identiti mereka atau malah kerakyatan mereka. Namun menurut maklumat yang sudah sampai kepada saya, lebih 60 orang berada di atas ‘pirogue’ itu,” ujar Batista.

Tiada mangsa dijumpai selamat tetapi stesen radio tempatan telah meminta nelayan memberitah­u pihak berkuasa jika mereka ternampak mayat atau penumpang yang masih hidup.

“Disebabkan oleh situasi kewangan, kami ada kesukaran mengatur operasi menyelamat,” kata Batista.

Agensi pengawasan pantai mempunyai dua bot laju, tetapi ini selalunya dihalang daripada meninggalk­an pelabuhan kerana kekurangan bahan bakar, kata seorang pegawai tentera laut yang enggan dikenali kepada AFP.

Guinea-Bissau, sebuah bekas jajahan Portugal, merupakan salah sebuah negara paling miskin di dunia.

Ulang tahun kemerdekaa­n ke-44 pada 24 September lalu disambut tanpa sebarang perayaan kerana semua sumber kewangan yang ada telah diperuntuk­kan untuk mengatur pilihan raya parlimen yang dijadualka­n pada 18 November.

Negara itu sudah mengalami perebutan kuasa sejak Ogos 2015 dan ramai berharap pilihan raya itu dapat membantu menamatkan krisis politik yang sudah sekian lama dialami. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia